Monday, December 21, 2009

Penetapan Gaji Masuk

a. Lantikan pertama
Seseorang pegawai yang baru dilantik kali pertama dalam perkhidmatan awam akan
dibayar gaji permulaan dalam tangga gaji tawaran yang dimasuki.

b. Pegawai tetap yang menjawat jawatan baru
Seorang pegawai kerajaan yang telah disahkan dalam jawatan tetapnya, akan
diletakkan di mata tertinggi yang berhampiran dalam tanggagaji jawatan barunya
sekiranya gaji jawatan lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji
permulaan dalam jawatan barunya.

c. Penetapan gaji Lebih Daripada Kadar Biasa
Seseorang pegawai yang mempunyai kelayakan istimewa boleh diletakkan di mana-mana
tanggagaji mengikut budibicara Suruhanjaya.

Thursday, December 3, 2009

Tempoh Percubaan dan Perlanjutan

1. Seseorang pegawai yang dilantik dikenakan tempoh percubaan 1 - 3 tahun dan boleh disahkan ke dalam jawatannya selepas tempoh tersebut.

2. Seseorang pegawai yang berada dalam tempoh percubaan boleh dilantik ke satu jawatan yang lain tetapi mesti melalui tempoh percubaan yang penuh mengikut skim.

3. Suruhanjaya mempunyai budibicara untuk menenekan tempoh percubaan atau tidak bagi lantikan luar biasa.

4. Perlanjutan tempoh percubaan pegawai ke dalam skim perkhidmatan adalah berdasarkan pertimbangan Suruhanjaya. Terdapat dua jenis perlanjutan tempoh percubaan:
(a) perlanjutan dengan denda (penangguhan kenaikan gaji)
(b) perlanjutan tanpa denda ( menerima kenaikan gaji)

5. Seseorang pegawai akan kehilangan kekananan jika tempoh percubaannya dilanjutkan dengan denda.

Proses Lantikan ke Jawatan

1. Setelah senarai calon pemohon diterima, surat panggilan untuk temuduga akan
dihantar.

2. Calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan jawatan oleh Suruhanjaya melalui Ketua Jabatan.

3. Suruhanjaya juga boleh mengarahkan Ketua Jabatan untuk menawarkan jawatan bagi pihaknya dengan menghantar satu salinan surat tawaran tersebut kepada pihak Suruhanjaya.

4. Setiap surat tawaran jawatan itu mest mengandungi perkara berikut:
(a) nama jawatan
(b) gaji masuk dan tangga gaji jawatan
(c) tempoh percubaan
(d) kewajipan bertugas di mana-mana
(e) status jawatan samada berpencen
(f) lain-lain syarat dalam Perintah Am 23

5. Semua calon ke perkhidmatan awam dikehendaki menandatangani surat akuan doktor dan surat sumpah untuk memeastikan mereka sihat dan bebas dari sebarang kes jenayah.

6. Ketua Jabatan perlu menghantar perkara berikut kepada Suruhanjaya:
(a) surat penerimaan jawatan oleh calon
(b) surat akuan doktor
(c) surat sumpah
(d) tarikh calon lapor diri untuk bertugas

Soalan-soalan DG 41 P1

1. Jawatan-jawatan kosong perlu diiklankan sekurang-kurangnya dalam sebuah akhbar
merangkumi kumpulan
I Perkeranian dan Teknik
II Kakitangan Sokongan
III Buruh Kasar
IV Pengurusan dan Ikhtisas dan Separa Ikhtisas

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

2. Dalam Perintah Am Bab A, Ketua Jabatan merujuk kepada yang berikut KECUALI
A Ketua sesuatu Jabatan
B Ketua sesuatu Suruhanjaya
C Ketua sesuatu Perkhidmatan
D Ketua Setiausaha kepada Kementerian

3. Suruhanjaya dalam Perintah Am Bab A merujuk kepada
I Suruhanjaya Pilihanraya
II Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
III Suruhanjaya Perkhidmatan Gunasama
IV Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

4. Antara berikut, yang manakah benar tentang istillah 'harijadi' dalam Perintah Am
Bab A?
I Umur pada ulangtahun harijadi mengikut kalender Gregory
II Jika lahir pada 29 Februari maka harijadinya disambut pada 1 Mac
III Jika bulan sahaja diketahui maka tarikh lahir seseorang itu adalah pada hari
terakhir bulan tersebut.
IV Jika tahun sahaja diketahui maka tarikh lahir seseorang itu adalah pada 31
Disember tahun itu

A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

5. Iklan-iklan kekosongan jawatan yang akan disiarkan oleh Suruhanjaya di akhbar
hendaklah ringkas dan mengandungi
I tangga gaji
II nama dan taraf jawatan
III syarat kelayakan
IV tarikh tutup permohonan

A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

6. Perintah Am Bab A diperkenalkan untuk

A melicinkan hal-hal yang berkaitan dengan perlantikan dan kenaikan pangkat
B melicinkan pentadbiran kerajaan
C menjamin hak pegawai kerajaan
D menghasilkan pegawai kerajaan yang setia

7. Sebarang pemindahan syarat-syarat dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah
mendapat persetujuan

A Ketua Setiausaha Negara
B Ketua Pengarah Jabatan tersebut
C Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri
D Ketua Perkhidmatan Awam

Selamat Mencuba! Anda boleh menulis jawapan anda di dalam ruangan komen.
Adeline

Tuesday, December 1, 2009

Urusan Pengambilan dan Perlantikan

1. Semua jawatan kosong perlu diiklankan.
(a)Jawatan kosong dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas, Kumpulan Kerja Separa
ikhtisas dan kumpulan Perkeranian dan Teknik perlu diiklankan oleh Suruhanjaya
dalam sebuah suratkhabar.
(b)Jawatan yang perlu diisi oleh kumpulan sokongan diiklankan melalui pekeliling di
semua Jabatan Tenaga Kerja.

2. Adalah menjadi tanggungjawab seorang pegawai kontrak yang ingin menyambung
kontraknya memberitahu Ketua Jabatannya enam bulan sebelum tamat kontraknya.

3. Seorang pegawai yang telah disahkan dalam jawatan nya tetapi gagal disahkan dalam
jawatan barunya kerana prestasi yang tidak memuaskan dibenarkan kembali ke jawatan
asalnya dengan syarat jika ada kekosongan.

4. Seorang pegawai wajib mematuhi semua pekeliling dan lain-lain perintah dan arahan
kerajaan setiap masa di samping menunaikan sebarang tugas yang diarah dari semasa
ke semasa.

5. Seorang pegawai boleh dirah untuk berkhidmat di mana-mana sahaja dan boleh
dipinjamkan untuk berkhidmat dengan mana-mana kerajaan negeri, badan-badan
berkanun atau swasta berdasarkan syarat khas dan bagi tempoh masa tertentu.

6. Iklan kekosongan jawatan yang perlu disiarkan oleh Suruhanjaya dalam akhbar mesti
ringkas dan mengandungi perkara berikut:
a. nama dan taraf jawatan
b. tangga gaji
c. syarat kelayakan
d. tarikh tutup
e. alamat di mana permohonan perlu dihantar.

7. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk menyediakan deraf iklan sebelum
mengemukakan kepada Suruhanjaya. Deraf tersebut mesti mengandungi perkara berikut:
a. jumlah kekosongan jawatan tetap atau sementara
b. tarikh kekosongan berlaku
c. jumlah calon diperlukan
d. satu salinan surat dari Ketua Perkhidmatan Awan berkaitan dengan syarat dan
kelayakan calon
e. tugas dan tanggungjawab calon

8. Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat mesti dibuat melalui Ketua Jabatan
yang kemudian akan menghantar permohonan tersebut kepada Suruhanjaya berserta
dengan kenyataan perkhidmatan dan penyata sulit pemohon.

Disambung...

Wednesday, November 18, 2009

Perintah AM Bab A

I. Lantikan
A. Syarat-syarat lantikan
1. Lantikan untuk jawatan awam hanya untuk warganegara samada tetap, sementara
atau kontrak.
2. Warga asing boleh dilantik jika
(a) tiada calon warganegara M'sia yang berkelayakan.
(b) untuk jawatan-jawatan tertentu di seberang laut secara kontrak atau
sementara bagi masa yang terhad sahaja.
3. Bekas pegawai yang berhenti tidak boleh diambil semula kecuali dengan kebenaran
khas Suruhanjaya.
4. Permohonan dari pegawai yang dibuang atau ditamatkan kerja kerana tindakan tatatertib atau prestasi rendah tidak boleh dilantik semula melainkan dalam keadaan khas atas pertimbangan Suruhanjaya.
5. Pegawai yang dibuang kerja atau ditamatkan kerja kerana tidak lulus peperiksaan wajib atau diberhentikan atas dasar mengurangkan kakitangan boleh dilantik semula.
6. Pegawai kerajaan yangsedang berkhidmat boleh dilantik ke jawatan awam yang lain oleh sesebuah Suruhanjaya yang berkenaan.

Hari Jadi
7. Dalam skim perkhidmatan di Malaysia, umur seseorang pegawai dikira berdasarkan
kalender Gregory.
Untuk menentukan umur seseorang pegawai di mana:
a. jika hanya bulan sahaja diketahui: maka tarikh lahir ialah pada hari
terakhir bulan tersebut. Hari jadi pegawai yang lahir pada 29 Februari
adalah pada 1 Mac bagi tahun-tahun bukan lompat.
b. jiks hanya tahun diketahui, maka tarikh lahir ialah pada 31 Disember tahun
tersebut.

Kembali kepada PTK...

Selamat sejahtera,
Saya percaya ramai di antara anda sedang menunggu untuk saya menambah informasi di dalam blog ini. Saya memohon maaf kerana terlalu sibuk dengan tugas rasmi, saya menunggu sehingga kini baru saya dapat kemas kini blog ini. Saya harap tuan-tuan dan puan puan bersabar dengan kelewatan ini. Saya akan sentiasa memberi yang terbaik bukan kerana saya anggap diri saya baik TETAPI saya juga ingin belajar daripada tuan-tuan dan puan-puan...
Semoga kita sama-sama berjaya!!!
adeline

Thursday, September 17, 2009

Pembuka Kata...

Saya rasa ada baiknya saya mula ulangkaji PTK ini dengan Kertas UMUM.

Tidak kira gred apa kita berada, sukatan PTk mempunyai beberapa persamaan. Sebagai contoh, semua pegawai akan diuji dengan Perintah Am Bab A, B, C, D, E dan F. Begitu juga dengan nilai dan etika serta Tonggak 12. Oleh sebab ada persamaan ini saya harap semua guru merujuk kepada Sukatan PTK masing-masing.

Hanya cara penyoalan yang berbeza dari segi tahap dan gred. Sebagai contoh, untuk DG41 tahap 1, banyak soalan tentang pengetahuan dan fakta ditanya manakala soalan-soalan DG44 menuntut kita mengaplikasikan pengetahuan kita.

Jadi saya harap blog ini boleh membantu serba sedikit dalam Ujian yang akan datang.

Semoga kita semua sama-sama mendapat faedah...

Sekian , terima kasih

adeline

Tuesday, September 15, 2009

Sukatan PTK DG 41 (KHUSUS) TK2

SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
KERTAS 702/02 : BAHAGIAN II (KOMPETENSI KHUSUS/FUNGSI) – TK2
FUNGSI PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DG41
1. Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)

1.1 Perancangan dan Persediaan
1.1.1 Rancangan Pelajaran Tahunan
1.1.2 Rancangan Pelajaran Harian
1.1.3 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

1.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
1.2.1 Set Induksi
1.2.2 Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran
1.2.3 Penilaian
1.2.4 Penutup
1.2.5 Refleksi/Impak

1.3 Pengurusan Kelas
1.3.1 Organisasi kelas
1.3.2 Iklim bilik darjah
1.3.3 Sudut/ruang pembelajaran


1.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.4.1 Pembelajaran secara Kontekstual
1.4.2 Pembelajaran Masteri
1.4.3 Kemahiran Berfikir
1.4.4 Kecerdasan Pelbagai
1.4.5 Akses Kendiri
1.4.6 Pembelajaran Koperatif

1.5 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
1.5.1 Simulasi
1.5.2 Tunjuk Cara
1.5.3 Perbincangan
1.5.4 Kerja Kumpulan
1.5.5 Modul
1.5.6 Penyelesaian Masalah
1.5.7 Lawatan
1.5.8 Inkuiri dan Penemuan
1.5.9 Ekspositori/Penerangan

1.6 Kemahiran Pengajaran
1.6.1 Menyoal
1.6.2 Menerang
1.6.3 Memberi Pengukuhan
1.6.4 Mengguna Papan Tulis
1.6.5 Mengguna Variasi Rangsangan

1.7 Penggunaan Sumber dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1.7.1 Sumber Elektronik
1.7.2 Sumber Bercetak
1.7.3 Bahan Maujud

1.8 Penekanan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSR/KBSM)
1.8.1 KBSR

(i) Penggabungjalinan
(ii) Penyerapan
(iii) Pemulihan
(iv) Pengayaan
(v) Penerapan Nilai Murni
1.8.2 KBSM
(i) Pemerolehan Ilmu Pengetahuan
(ii) Peningkatan Daya Intelek
(iii) Pemupukan dan Penerapan Nilai
(iv) Penggunaan dan Penguasaan Bahasa Melayu
(v) Kesepaduan Antara Mata Pelajaran
(vi) Penguasaan Kemahiran Belajar

1.9 Teori Pembelajaran
1.9.1 Behaviourisme
1.9.2 Konstruktivisme
1.9.3 Kognitif

2. Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Penilaian Kendalian Sekolah (PKS)
2.1 Tujuan Penilaian

2.1.1 Pelaporan pencapaian
2.1.2 Diagnostik
2.1.3 Penempatan
2.1.4 Pemilihan

2.2 Bentuk Penilaian
2.2.1 Objektif
2.2.2 Subjektif

2.3 Jenis Penilaian
2.3.1 Formatif
2.3.2 Sumatif

2.4 Kaedah Penilaian
2.4.1 Pemerhatian
2.4.2 Lisan
2.4.3 Bertulis

2.5 Langkah-langkah Melaksanakan Ujian
2.5.1 Objektif Ujian
2.5.2 Jadual Spesifikasi Ujian/Jadual Penentuan Ujian
2.5.3 Pembinaan item
2.5.4 Pentadbiran Ujian

2.6 Analisis Keputusan
2.7 Pelaporan
2.8 Tindakan Susulan

3. Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
3.1 Tujuan Penubuhan
3.2 Struktur Organisasi
3.3 Peranan

4. Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Kegiatan Kokurikulum
(Persatuan/Kelab, Sukan, dan Permainan serta Pasukan Pakaian Seragam)

4.1 Organisasi Pengurusan Kokurikulum
4.2 Perlembagaan/Peraturan/Undang-undang
4.3 Perancangan, Penyelarasan, Pelaksanaan, Pemantauan, Pelaporan serta Penambahbaikan Program, dan Aktiviti Kokurikulum

5. Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Pembangunan Sahsiah Murid
5.1 Penerapan nilai murni
5.2 Pengawalan tingkah laku murid
5.3 Bimbingan dan kaunseling
5.4 Motivasi
5.5 Komunikasi interpersonal dan intrapersonal

6. Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Pengurusan Hal-hal Rutin Kelas
6.1 Kehadiran murid
6.2 Kutipan yuran
6.3 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
6.4 Kesihatan murid

7. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
7.1 SPI. Bil. 1/1972 : Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959
7.2 SPI. Bil. 1 /1985 : Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajaran Sekolah
7.3 SPI. Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran
7.4 SPI. Bil. 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
7.5 SPI. Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap
Pelajar-pelajar Sekolah
7.6 SPI. Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
7.7 SPI. Bil. 9/2000 : Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah
7.8 SPI. Bil.11/2002 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
7.9 SPI. Bil.12/2002 : Pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di SK, SJKT, dan SM

SENARAI RUJUKAN
1. Rujukan Khusus

1.1 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan Pendidikan
1.2 Sukatan Pelajaran dan Huraikan Sukatan Pelajaran semasa
1.3 Bahan-bahan Sokongan Kurikulum Edaran Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia
1.4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah, Pernyataan Standard
(SKPM 1), Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
1.5 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah, Instrumen Pemastian Standard
(SKPM 2), Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
1.6 Tatacara Pengurusan Disiplin oleh Pengetua dan Guru Besar, Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Rujukan Tambahan
2.1 Buku-buku Panduan KBSR
2.2 Buku-buku Panduan KBSM
2.3 Buku-buku Pedagogi
2.4 Buku-buku Pengurusan Sekolah
2.5 Buku-Buku Panduan Kokurikulum

Friday, September 11, 2009

Sukatan PTK DG41 (UMUM) TK 2

SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
KERTAS 702/01 : BAHAGIAN I (KOMPETENSI UMUM) DG41 – TK2
1. Aspek Kompetensi Teras
1.1 Pengurusan Personel Perkhidmatan Awam
1.1.1 Pengetahuan tentang peraturan dan proses urusan yang berkaitan dengan pengambilan, pelantikan, kenaikan pangkat, penamatan kerja, dan persaraan
1.1.2 Pengetahuan tentang peraturan dan urusan tata kelakuan dan tindakan tatatertib
1.1.3 Pengetahuan tentang tatacara pengurusan kemudahan-kemudahan pegawai awam seperti kemudahan perjalanan pertukaran dan kursus, cuti, rumah, dan bangunan pejabat kerajaan, rawatan, dan perubatan

1.2 Pemantapan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi di Sektor Awam
1.2.1 Pengetahuan tentang usaha-usaha penambahbaikan dan pemantapan sesebuah organisasi yang meliputi penambahbaikan sistem pengurusan dan pemantapan kompetensi di sektor awam. Aspek- aspek yang berkaitan adalah:
(i) PKPA Bil. 6/1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan
(ii)PKPA Bil. 7/1991 : Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja
(iii)PKPA Bil. 8/1991 : Panduan Mengenai Manual dan Prosedur Kerja dan Fail Meja
(iv)PKPA Bil.10/1991 : Panduan Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter
(v) PKPA Bil. 1/1992 : Panduan Pengurusan Kualiti Menyuruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam

1.3 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara ke Arah Pemantapan Jati Diri
1.3.1 Pengetahuan tentang tujuan, rasional, konsep, pelaksanaan, dan
kesan-kesan dasar berikut yang telah dilaksanakan oleh kerajaan:
(i) Wawasan 2020
(ii) Dasar Pembangunan Nasional
(iii) Pelan Integriti Nasional (PIN)
(iv) Dasar Sosial Negara
(v) Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pentadbiran

1.4 Pembangunan Diri dan Keutuhan Peribadi Melalui Amalan Penghayatan Nilai, Norma, dan Etika Murni
1.4.1 Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh kakitangan ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam:
(i) Nilai-nilai utama dalam Perkhidmatan Awam
(ii) Tonggak 12
(iii) Etika Perkhidmatan Awam
(iv) Keutuhan dalam Perkhidmatan Awam

1.5 Komunikasi Berkesan ke Arah Budaya Kerja Cemerlang
1.5.1 Asas Komunikasi
(i) Definisi
(ii) Pola dan Jenis
(iii) Komunikasi Interpersonal
(iv) Halangan Komunikasi

1.5.2 Permuafakatan dalam Pendidikan
(i) PIBG
(ii) Komuniti Pendidikan
• Masyarakat setempat
• Badan Bukan Kerajaan (NGO)
• Jabatan/Agensi kerajaan
(iii) Perkongsian Bijak (Smart Partnership)

1.6 Aplikasi Asas Teknologi Maklumat
1.6.1 Kebolehan mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengurusan Organisasi/Kerja
(i) Perisian Pemprosesan Perkataan, contoh Microsoft Word
(ii) Perisian Hamparan Elektronik (spreadsheet), contohnya Microsoft Excel
(iii) Perisian Persembahan, contohnya Microsft PowerPoint
(iv) Perisian Pelayar Web, contohnya Internet Explorer
(v) E-mel
(vi) Pengetahuan asas peralatan komputer

2. Aspek Kompetensi Profesional
2.1 Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan dari Perspektif Sejarah
2.1.1 Sejarah pendidikan negara sebelum merdeka:
(i) Laporan Barnes (1950)
(ii) Laporan Fenn-Wu (1951)
(iii) Penyata Razak (1956)

2.1.2 Sejarah pendidikan negara selepas merdeka:
(i) Ordinan Pelajaran (1957)
(ii) Penyata Rahman Talib (1961)
(iii) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)

2.2 Akta Pendidikan 1996 dan Pindaan 2002 – Bahagian 4
2.2.1 Bab I − Sistem Pendidikan Kebangsaan
2.2.2 Bab II − Pendidikan Prasekolah
2.2.3 Bab III − Pendidikan Rendah
2.2.4 Bab IV − Pendidikan Menengah

2.3 Kurikulum Pendidikan Kebangsaan
2.3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.3.2 KBSR dan KBSM
2.3.3 Prasekolah

2.4 Sistem dan Struktur Pengurusan Pendidikan
2.4.1 Peranan Bahagian dan Jabatan Kementerian Pelajaran Malaysia
2.4.2 Peranan Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri, cawangan-cawangan Bahagian Kementerian Pelajaran di negeri (contoh: Jemaah Nazir Sekolah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG)

2.5 Pengurusan Sekolah
2.5.1 Pengurusan Kurikulum
2.5.2 Pengurusan Kokurikulum
2.5.6 Pengurusan Hal Ehwal Murid
2.5.7 Pengurusan Pentadbiran Sekolah

2.6 Nilai dan Sikap
2.6.1 Pengetahuan dan pengalaman nilai dan sikap dalam Etika Profesion Perguruan
(i) Tanggungjawab terhadap pelajar
(ii) Tanggungjawab terhadap ibu bapa
(iii) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
(iv) Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

2.7 Isu-isu Semasa dalam Pendidikan
2.7.1 Perkembangan semasa dalam pendidikan:
(i) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
(ii) Dasar 60:40
(iii) Disiplin murid
(iv) Penguasaan 3M (Membaca, Menulis, Mengira)
(v) Memperkasa Sekolah Kebangsaan

SENARAI RUJUKAN
1. Ahmad Atory Hussain. (2000). Analisis Dasar Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
2. Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. (1994) Wawasan Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Malaysia.
3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003 dan terkini). Laporan Tahunan Kementerian
Pendidikan Malaysia 2001. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.
5. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1991). Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam.
Kuala Lumpur: INTAN.
6. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1992). Tonggak Dua Belas: Penerapan Nilai, Norma, dan Etika Perkhidmatan. Kuala Lumpur: INTAN.
7. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1994). Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.
8. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
9. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (2001) Pengantar Pentadbiran Awam: Paradigma Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
10. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1993). Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: INTAN.
11. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
12. Jawatankuasa Pelaksana Penubuhan Pelan Integriti Nasional & Institut Integriti
Malaysia. (2004). Pelan Integriti Malaysia: Perutusan Y. A. B. Dato’ Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi. Putrajaya.
13. Perintah-perintah Am Bab A hingga Bab G
14. Kerajaan Malaysia. (2002). Peraturan-peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
(Pindaan) 2002. Perlembagaan Persekutuan. P.U. (A) 246. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
15. Maimunah Osman. (2000). Kemahiran Berkomunikasi. Kuala Lumpur: INTAN.
16. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah. Kuala Lumpur: PPK.
17. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran
17.1 SPI. Bil. 3/1969 : Pakaian Guru-guru Sekolah
17.2 SPI. Bil. 9/1975 : Disiplin di Sekolah, Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid.
17.3 SPI. Bil. 6/1985 : Peraturan Pakaian Guru di Sekolah atau Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran
Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
17.4 SPI. Bil. 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran.
17.5 SPI. Bil. 8/1990 : Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa untuk Mata- mata Pelajaran Program KBSM bagi Sekolah Menengah Atas Mulai Tahun 1992.
17.6 SPI. Bil. 5/1999 : Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah dalam Kegiatan Politik Anti Kerajaan
17.7 SPI. Bil. 6/2000 : Menangani Masalah Keselamatan, Dadah, dan Gengster
17.8 SPI. Bil. 5/2001 : Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru di Sekolah.
17.9 SPI. Bil. 7/2001 : Garis Panduan Guru Ketika di Sekolah
17.10 SPI. Bil. 8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah
17.11 SPI. Bil. 9/2001 : Penglibatan Pelajar dengan Kegiatan Negatif
18. Komputer Dalam Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru

Sukatan PTK DG41 (KHUSUS) TK 1

SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
KERTAS 701/02 : BAHAGIAN II (KOMPETENSI KHUSUS/FUNGSI) – TK1
FUNGSI PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DG41

1. Pengetahuan dan Kemahiran dalam Melaksanakan Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)
1.1 Perancangan dan Persediaan

1.1.1 Rancangan Pelajaran Tahunan
1.1.2 Rancangan Pelajaran Harian
1.1.3 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

1.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
1.2.1 Set Induksi
1.2.2 Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran
1.2.3 Penilaian
1.2.4 Penutup
1.2.5 Refleksi/Impak

1.3 Pengurusan Kelas
1.3.1 Organisasi kelas
1.3.2 Iklim bilik darjah
1.3.3 Sudut/ruang pembelajaran

1.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.4.1 Pembelajaran Secara Kontekstual
1.4.2 Pembelajaran Masteri
1.4.3 Kemahiran Berfikir
1.4.4 Kecerdasan Pelbagai
1.4.5 Akses Kendiri
1.4.6 Pembelajaran Koperatif

1.5 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
1.5.1 Simulasi
1.5.2 Tunjuk Cara
1.5.3 Perbincangan
1.5.4 Kerja Kumpulan
1.5.5 Modul
1.5.6 Penyelesaian Masalah
1.5.7 Lawatan
1.5.8 Inkuiri dan Penemuan
1.5.9 Ekspositori/Penerangan

1.6 Kemahiran Pengajaran
1.6.1 Menyoal
1.6.2 Menerang
1.6.3 Memberi Pengukuhan
1.6.4 Mengguna Papan Tulis
1.6.5 Mengguna Variasi Rangsangan

1.7 Penggunaan Sumber dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1.7.1 Sumber Elektronik
1.7.2 Sumber Bercetak
1.7.3 Bahan Maujud

1.8 Penekanan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSR/KBSM)
1.8.1 KBSR
(i) Penggabungjalinan
(ii) Penyerapan
(iii) Pemulihan
(iv) Pengayaan
(v) Penerapan nilai murni
1.8.2 KBSM
(i) Pemerolehan Ilmu Pengetahuan
(ii) Peningkatan Daya Intelek
(iii) Pemupukan dan Penerapan Nilai
(iv) Penggunaan dan Penguasaan Bahasa Melayu
(v) Kesepaduan Antara Mata Pelajaran
(vi) Penguasaan Kemahiran Belajar

1.9 Teori Pembelajaran
1.9.1 Behaviourisme
1.9.2 Konstruktivisme
1.9.3 Kognitif

2. Pengetahuan dan Kemahiran dalam Melaksanakan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS)
2.1 Tujuan Penilaian
2.1.1 Pelaporan pencapaian
2.1.2 Diagnostik
2.1.3 Penempatan
2.1.4 Pemilihan

2.2 Bentuk Penilaian
2.2.1 Objektif
2.2.2 Subjektif

2.3 Jenis Penilaian
2.3.1 Formatif
2.3.2 Sumatif

2.4 Kaedah Penilaian
2.4.1 Pemerhatian
2.4.2 Lisan
2.4.3 Bertulis

2.5 Langkah-langkah Melaksanakan Ujian
2.5.1 Objektif ujian
2.5.2 Jadual Spesifikasi Ujian/Jadual Penentuan Ujian
2.5.3 Pembinaan item
2.5.4 Pentadbiran ujian

2.6 Analisis Keputusan
2.7 Pelaporan
2.8 Tindakan Susulan

3. Pengetahuan dan Kemahiran dalam Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
3.1 Tujuan Penubuhan
3.2 Struktur Organisasi
3.3 Peranan

4. Pengetahuan dan Kemahiran Melaksanakan Kegiatan Kokurikulum
(Persatuan/Kelab, Sukan, dan Permainan serta Pasukan Pakaian Seragam)
4.1 Organisasi Pengurusan Kokurikulum
4.2 Perlembagaan/Peraturan/Undang-undang
4.3 Perancangan, Penyelarasan, Pelaksanaan, Pemantauan, Pelaporan serta Penambahbaikan Program, dan Aktiviti Kokurikulum

5. Pengetahuan dan Kemahiran dalam Pembangunan Sahsiah Murid
5.1 Penerapan nilai murni
5.2 Pengawalan tingkah laku murid
5.3 Bimbingan dan kaunseling
5.4 Motivasi
5.5 Komunikasi interpersonal dan intrapersonal
6. Pengetahuan dan Kemahiran dalam Pengurusan Hal-Hal Rutin Kelas
6.1 Kehadiran murid
6.2 Kutipan yuran
6.3 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
6.4 Kesihatan murid

7. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
7.1 SPI. Bil. 1/1972 : Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959
7.2 SPI. Bil. 1 /1985 : Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajaran Sekolah
7.3 SPI. Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran
7.4 SPI. Bil. 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
7.5 SPI. Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-pelajar Sekolah
7.6 SPI. Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
7.7 SPI. Bil. 9/2000 : Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah
7.8 SPI. Bil.11/2002 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
7.9 SPI. Bil.12/2002 : Pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di SK, SJKT, dan SM

SENARAI RUJUKAN
1. Rujukan Khusus

1.1 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan Pendidikan
1.2 Sukatan Pelajaran dan Huraikan Sukatan Pelajaran semasa
1.3 Bahan-bahan Sokongan Kurikulum Edaran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
1.4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah, Pernyataan Standard (SKPM 1), Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
1.5 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah, Instrumen Pemastian Standard (SKPM 2), Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
1.6 Tatacara Pengurusan Disiplin oleh Pengetua dan Guru Besar, Bahagian Sekolah,Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Rujukan Tambahan
2.1 Buku-buku Panduan KBSR
2.2 Buku-buku Panduan KBSM
2.3 Buku-buku Pedagogi
2.4 Buku-buku Pengurusan Sekolah
2.5 Buku-buku Panduan Kokurikulum

Sukatan PTK DG41 (UMUM) TK 1

SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
KERTAS 701/01 : BAHAGIAN I (KOMPETENSI UMUM) DG41 – TK1
1. Aspek Kompetensi Teras
1.1 Pengurusan Personel Perkhidmatan Awam

1.1.1 Pengetahuan tentang peraturan dan proses urusan yang berkaitan dengan pengambilan, pelantikan, kenaikan pangkat, penamatan kerja, dan persaraan
1.1.2 Pengetahuan tentang peraturan dan urusan tata kelakuan dan tindakan tatatertib
1.1.3 Pengetahuan tentang tatacara pengurusan kemudahan-kemudahan pegawai awam seperti kemudahan perjalanan pertukaran dan kursus, cuti, rumah, dan bangunan pejabat kerajaan, rawatan, dan perubatan

1.2 Pemantapan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi Di Sektor Awam
1.2.1 Pengetahuan tentang usaha-usaha penambahbaikan dan pemantapan sesebuah organisasi yang meliputi penambahbaikan sistem pengurusan dan pemantapan kompetensi di sektor awam. Aspek- aspek yang berkaitan adalah:
(i) PKPA Bil. 2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan
(ii) PKPA Bil. 4/1991: Garis Panduan Mengenai Strategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam
(iii) PKPA Bil. 8/1991: Panduan Mengenai Manual dan Prosedur Kerja dan Fail Meja
(iv) PKPA Bil. 10/1991: Panduan Mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter
(v) PKPA Bil. 3/1993: Panduan Mengenai Piagam Pelanggan

1.3 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara ke Arah Pemantapan Jati Diri
1.3.1 Pengetahuan tentang tujuan, rasional, konsep, pelaksanaan, dan kesan-kesan dasar berikut yang telah dilaksanakan oleh kerajaan:
(i) Wawasan 2020
(ii) Dasar Pembangunan Nasional
(iii) Pelan Integriti Nasional (PIN)
(iv) Dasar Sosial Negara
(v) Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pentadbiran

1.4 Pembangunan Diri dan Keutuhan Peribadi Melalui Amalan Penghayatan Nilai, Norma, dan Etika Murni
1.4.1 Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh kakitangan ke arah meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam:
(i) Nilai-nilai utama dalam Perkhidmatan Awam
(ii) Tonggak 12
(iii) Etika Perkhidmatan Awam
(iv) Keutuhan dalam Perkhidmatan Awam

1.5 Komunikasi Berkesan ke Arah Budaya Kerja Cemerlang
1.5.1 Asas Komunikasi
(i) Definisi
(ii) Pola dan Jenis
(iii) Komunikasi Interpersonal
(iv) Halangan Komunikasi
1.5.2 Permuafakatan dalam Pendidikan
(i) PIBG
(ii) Komuniti Pendidikan
• Masyarakat setempat
• Badan Bukan Kerajaan (NGO)
• Jabatan/Agensi kerajaan

1.6 Aplikasi Asas Teknologi Maklumat
1.6.1 Kebolehan mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengurusan Organisasi/Kerja
(i) Perisian Pemprosesan Perkataan, contoh Microsoft Word
(ii) Perisian Hamparan Elektronik (spreadsheet), contohnya Microsoft Excel
(iii) Perisian Persembahan, contohnya Microsft PowerPoint
(iv) Perisian Pelayar Web, contohnya Internet Explorer
(v) E-mel
(vi) Pengetahuan asas peralatan komputer

2. Aspek Kompetensi Profesional
2.1 Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan dari Perspektif Sejarah
2.1.1 Sejarah pendidikan negara sebelum merdeka:
(i) Laporan Barnes (1950)
(ii) Laporan Fenn-Wu (1951)
(iii) Penyata Razak (1956)

2.1.2 Sejarah pendidikan negara selepas merdeka:
(i) Ordinan Pelajaran (1957)
(ii) Penyata Rahman Talib (1961)
(iii) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979)

2.2 Akta Pendidikan 1996 dan Pindaan 2002 – Bahagian 4
2.2.1 Bab I − Sistem Pendidikan Kebangsaan
2.2.2 Bab II − Pendidikan Prasekolah
2.2.3 Bab III − Pendidikan Rendah
2.2.4 Bab IV − Pendidikan Menengah

2.3 Kurikulum Pendidikan Kebangsaan
2.3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.3.2 KBSR dan KBSM
2.3.3 Prasekolah

2.4 Sistem dan Struktur Pengurusan Pendidikan
2.4.1 Peranan Bahagian dan Jabatan Kementerian Pelajaran Malaysia
2.4.2 Peranan Pejabat Pelajaran Gabungan (PPG)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri, cawangan-cawangan Bahagian Kementerian Pelajaran di negeri (contoh: Jemaah Nazir Sekolah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG)

2.5 Pengurusan Sekolah
2.5.1 Pengurusan Kurikulum
2.5.2 Pengurusan Kokurikulum
2.5.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid
2.5.4 Pengurusan Pentadbiran Sekolah

2.6 Nilai dan Sikap
2.6.1Pengetahuan dan pengamalan nilai dan sikap dalam Etika Profesion Perguruan:
(i) Tanggungjawab terhadap pelajar
(ii) Tanggungjawab terhadap ibu bapa
(iii) Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
(iv) Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan

2.7 Isu-isu Semasa dalam Pendidikan
2.7.1 Perkembangan semasa dalam pendidikan:
(i) Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
(ii) Dasar 60:40
(iii) Disiplin murid
(iv) Penguasaan 3M (Membaca, Menulis, Mengira)
(v) Memperkasa Sekolah Kebangsaan

SENARAI RUJUKAN
1. Ahmad Atory Hussain. (2000). Analisis Dasar Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
2. Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. (1994) Wawasan Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Malaysia.
3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003 dan terkini). Laporan Tahunan Kementerian
Pendidikan Malaysia 2001. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.
5. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1991). Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam.
Kuala Lumpur: INTAN.
6. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1992). Tonggak Dua Belas: Penerapan Nilai,
Norma, dan Etika Perkhidmatan. Kuala Lumpur: INTAN.
7. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1994). Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika
dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.
8. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
9. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (2001) Pengantar Pentadbiran Awam: Paradigma Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
10. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1993). Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia.
Kuala Lumpur: INTAN.
11. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
12. Jawatankuasa Pelaksana Penubuhan Pelan Integriti Nasional & Institut Integriti
Malaysia. (2004). Pelan Integriti Malaysia: Perutusan Y. A. B. Dato’ Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi. Putrajaya.
13. Perintah-perintah Am Bab A hingga Bab G
14. Kerajaan Malaysia. (2002). Peraturan-peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
(Pindaan) 2002. Perlembagaan Persekutuan. P.U. (A) 246. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
15. Maimunah Osman. (2000). Kemahiran Berkomunikasi. Kuala Lumpur: INTAN.
16. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah. Kuala Lumpur: PPK.

17. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran
17.1 SPI. Bil. 3/1969 : Pakaian Guru-guru Sekolah
17.2 SPI. Bil. 9/1975 : Disiplin di Sekolah, Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid.
17.3 SPI. Bil. 6/1985 : Peraturan Pakaian Guru di Sekolah atau Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
17.4 SPI. Bil. 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran.
17.5 SPI. Bil. 8/1990 : Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa untuk Mata- mata Pelajaran Program KBSM bagi Sekolah Menengah Atas Mulai Tahun 1992.
17.6 SPI. Bil. 5/1999 : Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah dalam Kegiatan Politik Anti Kerajaan
17.7 SPI. Bil. 6/2000 : Menangani Masalah Keselamatan, Dadah, dan Gengster
17.8 SPI. Bil. 5/2001 : Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru di Sekolah.
17.9 SPI. Bil. 7/2001 : Garis Panduan Guru Ketika di Sekolah
17.10 SPI. Bil. 8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah
17.11 SPI. Bil. 9/2001 : Penglibatan Pelajar dengan Kegiatan Negatif
18. Komputer Dalam Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru. Fajar Bakti. DG41 (UMUM) TK 1

Sukatan PTK 2009 DG44 (KHUSUS)

SUKATAN PTK 2009 DG44 (KHUSUS)
SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
KERTAS 703/02 : BAHAGIAN II (KOMPETENSI KHUSUS/FUNGSI)
FUNGSI PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DG44-TK 3


1. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P)

1.1 Perancangan dan Persediaan
1.1.1 Rancangan Pelajaran Tahunan
1.1.2 Rancangan Pelajaran Harian
1.1.3 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

1.2 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
1.2.1 Set Induksi
1.2.2 Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran
1.2.3 Penilaian
1.2.4 Penutup
1.2.5 Refleksi/Impak

1.3 Pengurusan Kelas
1.3.1 Organisasi kelas
1.3.2 Iklim bilik darjah
1.3.3 Sudut/ruang pembelajaran

1.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
1.4.1 Pembelajaran secara Kontekstual
1.4.2 Pembelajaran Masteri
1.4.3 Kemahiran Berfikir
1.4.4 Kecerdasan Pelbagai
1.4.5 Akses Kendiri
1.4.6 Pembelajaran Koperatif

1.5 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran
1.5.1 Simulasi
1.5.2 Tunjuk Cara
1.5.3 Perbincangan
1.5.4 Kerja Kumpulan
1.5.5 Modul
1.5.6 Penyelesaian Masalah
1.5.7 Lawatan
1.5.8 Inkuiri dan Penemuan
1.5.9 Ekspositori / Penerangan

1.6 Kemahiran Pengajaran
1.6.1 Menyoal
1.6.2 Menerang
1.6.3 Memberi Pengukuhan
1.6.4 Mengguna Papan Tulis
1.6.5 Mengguna Variasi Rangsangan

1.7 Penggunaan Sumber dalam Pengajaran dan Pembelajaran
1.7.1 Sumber Elektronik
1.7.2 Sumber Bercetak
1.7.3 Bahan Maujud

1.8 Penekanan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah/Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSR/KBSM)


1.8.1 KBSR

(i) Penggabungjalinan
(ii) Penyerapan
(iii) Pemulihan
(iv) Pengayaan
(v) Penerapan Nilai Murni
1.8.2 KBSM
(i) Pemerolehan Ilmu Pengetahuan
(ii) Peningkatan Daya Intelek
(iii) Pemupukan dan Penerapan Nilai
(iv) Penggunaan dan Penguasaan Bahasa Melayu
(v) Kesepaduan Antara Mata Pelajaran
(vi) Penguasaan Kemahiran Belajar

1.9 Teori Pembelajaran
1.9.1 Behaviourisme
1.9.2 Konstruktivisme
1.9.3 Kognitif

2. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Penilaian Kendalian Sekolah (PKS)

2.1 Tujuan Penilaian
2.1.1 Pelaporan pencapaian
2.1.2 Diagnostik
2.1.3 Penempatan
2.1.4 Pemilihan

2.2 Bentuk Penilaian
2.2.1 Objektif
2.2.2 Subjektif

2.3 Jenis Penilaian
2.3.1 Formatif
2.3.2 Sumatif

2.4 Kaedah Penilaian
2.4.1 Pemerhatian
2.4.2 Lisan
2.4.3 Bertulis

2.5 Langkah-langkah Melaksanakan Ujian
2.5.1 Objektif Ujian
2.5.2 Jadual Spesifikasi Ujian/Jadual Penentuan Ujian
2.5.3 Pembinaan item
2.5.4 Pentadbiran Ujian
2.6 Analisis Keputusan
2.7 Pelaporan
2.8 Tindakan Susulan

3. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
3.1 Tujuan Penubuhan
3.2 Struktur Organisasi
3.3 Peranan

4. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Kegiatan Kokurikulum
(Persatuan/Kelab, Sukan, dan Permainan serta Pasukan Pakaian Seragam)
4.1 Organisasi Pengurusan Kokurikulum
4.2 Perlembagaan/Peraturan/Undang-undang
4.3 Perancangan, Penyelarasan, Pelaksanaan, Pemantauan, Pelaporan serta
Penambahbaikan Program, dan Aktiviti Kokurikulum

5. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Pembangunan Sahsiah Murid
5.1 Penerapan nilai murni
5.2 Pengawalan tingkah laku murid
5.3 Bimbingan dan kaunseling
5.4 Motivasi
5.5 Komunikasi interpersonal dan intrapersonal

6. Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran Mengurus serta Memimpin Pengurusan Hal-hal Rutin Kelas
6.1 Kehadiran murid
6.2 Kutipan yuran
6.3 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
6.4 Kesihatan murid

7. Pengaplikasian Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
7.1 SPI. Bil. 1/1972 : Peraturan-peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959
7.2 SPI. Bil. 1 /1985 : Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajaran Sekolah
7.3 SPI. Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran
7.4 SPI. Bil. 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
7.5 SPI. Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-pelajar Sekolah
7.6 SPI. Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
7.7 SPI. Bil. 9/2000 : Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah
7.8 SPI Bil.10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Displin.
7.9 SPI. Bil.11/2002 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran
7.10 SPI. Bil.12/2002 : Pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di SK, SJKT, dan SM
7.11 SPI Bil.9/2003 : Pelaksanaan Sistem Laporan Adab Belajar (Lab) Murid –Murid Sekolah Rendah Dan Menengah.
7.12 SPI Bil.5/2003 : Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan embelajaran.

SENARAI RUJUKAN
1. Rujukan Khusus
1.1 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan Pendidikan
1.2 Sukatan Pelajaran dan Huraikan Sukatan Pelajaran semasa
1.3 Bahan-bahan Sokongan Kurikulum Edaran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia
1.4 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah, Pernyataan Standard (SKPM 1), Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
1.5 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah, Instrumen Pemastian Standard
(SKPM 2), Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
1.6 Tatacara Pengurusan Disiplin oleh Pengetua dan Guru Besar, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Rujukan Tambahan
2.1 Buku-buku Panduan KBSR
2.2 Buku-buku Panduan KBSM
2.3 Buku-buku Pedagogi
2.4 Buku-buku Pengurusan Sekolah
2.5 Buku-Buku Panduan Kokurikulum

Sukatan PTK 2009 DG44 (UMUM)

Sukatan PTK 2009 DG44

SUKATAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN
BAHAGIAN I (KOMPETENSI UMUM)
DG44 703/01
1. Aspek Kompetensi Teras
1.1 Tatakelakuan dan Sahsiah Guru Sebagai Penjawat Awam
Pengaplikasian tatakelakuan dan sahsiah penjawat awam berdasarkan:
(i) Etika Perkhidmatan Awam
(ii) Etika Profesion Keguruan
(iii) Standard Guru Malaysia
(iv) Pelan Integriti Nasional
(v) Tonggak 12
(vi) Rukun Negara
(vii) Piagam Pelanggan
(viii) Tadbir Urus Terbaik
(ix) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

1.2 Pengurusan Personel Perkhidmatan Awam
1.2.1 Pengaplikasian peraturan dan proses urusan yang berkaitandengan pengambilan, pelantikan, kenaikan pangkat, penamatan kerja, dan persaraan
1.2.2 Pengaplikasian peraturan dan urusan penilaian kualiti perkhidmatan: LNPT dan PTK
1.2.3 Pengaplikasian peraturan dan urusan tata kelakuan dan tindakan tatatertib
1.2.4 Pengaplikasian tatacara pengurusan kemudahan-kemudahan pegawai awam seperti kemudahan perjalanan pertukaran dan kursus, cuti, rumah, dan bangunan pejabat kerajaan, elaun, rawatan, dan perubatan

1.3 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara ke Arah Pemantapan Jati Diri
1.3.1 Pengaplikasian pelaksanaan dasar berikut:
(i) Wawasan 2020
(ii) Dasar Pembangunan Nasional
(iii) Pelan Integriti Nasional (PIN)
(iv) Dasar Sosial Negara
(v) Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Pentadbiran

1.4 Pengurusan Kewangan Am
Pengaplikasian Peraturan Dan Tatacara Pengurusan Kewangan Am berhubung dengan elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan

1.5 Komunikasi Berkesan ke Arah Budaya Kerja Cemerlang
1.5.1 Pengaplikasian permuafakatan dalam Pendidikan
(i) PIBG
(ii) Komuniti Pendidikan
• Masyarakat setempat
• Badan Bukan Kerajaan (NGO)
• Jabatan/Agensi kerajaan
(iii) Perkongsian Bijak (Smart Partnership)

2. Aspek Kompetensi Profesional
2.1 Akta Pendidikan 1996 dan Pindaan 2002 – Bahagian 4
Bab I − Sistem Pendidikan Kebangsaan
Bab II − Pendidikan Prasekolah
Bab III − Pendidikan Rendah
Bab IV − Pendidikan Menengah

2.2 Kurikulum Pendidikan Kebangsaan
2.2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.2.2 KBSR dan KBSM

2.3 Dasar Pembangunan Nasional dan Kaitannya dengan Perkembangan Pendidikan
Pengaplikasian pengetahuan dalam merancang, melaksana, memimpin, memantau dan menilai pelaksanaan program/aktiviti yang berkaitan dengan pencapaian Dasar Pembangunan Nasional:
(i) Wawasan 2020;
(ii) Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga;
(iii) Rancangan Pembangunan Malaysia Lima Tahun (RMK semasa);
(iv) Pelan Integrasi Nasional;
(v) Belanjawan Negara untuk sektor pendidikan tahun semasa;

2.4 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pengaplikasian pengetahuan dalam merancang, melaksana, memimpin, memantau dan menilai pelaksanaan dasar serta program/aktiviti bagi merealisasikan Dasar Pendidikan Kebangsaan berpandukan:
(i) Sejarah Pendidikan Kebangsaan
(ii) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan pendidikan yang diperbuat di bawah;
(iii) Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran;
(iv) Syarat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berkaitan Perkhidmatan Pendidikan dan Perkhidmatan Awam;
(v) Dasar Pembangunan Pendidikan 2001-2010;
(vi) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010;
(vii) Hala Tuju Kementerian Pelajaran;
(viii) Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan;

SENARAI RUJUKAN
1. Ahmad Atory Hussain. (2000). Analisis Dasar Awam. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
2. Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. (1994) Wawasan Pentadbiran Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Malaysia.
3. Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
4. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
6. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1991). Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.
7. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1992). Tonggak Dua Belas: Penerapan Nilai, Norma, dan Etika Perkhidmatan. Kuala Lumpur: INTAN.
8. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1993). Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur: INTAN.
9. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (1994). Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.
10. Institut Tadbiran Awam Malaysia. (2001) Pengantar Pentadbiran Awam: Paradigma Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
11. Jawatankuasa Pelaksana Penubuhan Pelan Integriti Nasional & Institut Integriti Malaysia. (2004). Pelan Integriti Malaysia: Perutusan Y. A. B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Putrajaya.
12. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003 dan terkini). Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia 2001. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.
13. Kerajaan Malaysia. (2002). Peraturan-peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002. Perlembagaan Persekutuan. P.U. (A) 246. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
14. Komputer Dalam Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru.
15. Maimunah Osman. (2000). Kemahiran Berkomunikasi. Kuala Lumpur: INTAN.
16. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007: Tatacara Aset Alih Kerajaan-Pelupusan
17. Perintah-perintah Am Bab A hingga Bab G
18. Pusat Perkembangan Kurikulum. (!992). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
19. Pusat Perkembangan Kurikulum. (!992). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
20. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah. Kuala Lumpur: PPK.
21. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
22. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran
22.1 SPI. Bil. 3/1969 : Pakaian Guru-guru Sekolah
22.2 SPI. Bil. 9/1975 : Disiplin di Sekolah, Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid.
22.3 SPI. Bil. 6/1985 : Peraturan Pakaian Guru di Sekolah atau Pensyarah di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
22.4 SPI. Bil. 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran.
22.5 SPI. Bil. 8/1990 : Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa untuk Mata- mata Pelajaran Program KBSM bagi Sekolah Menengah Atas Mulai Tahun 1992.
22.6 SPI. Bil. 5/1999 : Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah dalam Kegiatan Politik Anti Kerajaan
22.7 SPI. Bil. 6/2000 : Menangani Masalah Keselamatan, Dadah, dan Gengster
22.8 SPI. Bil. 16/2000 : Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan / Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan
Menghasut / Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan
22.8 SPI. Bil. 5/2001 : Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru di Sekolah.
22.9 SPI. Bil. 7/2001 : Garis Panduan Guru Ketika di Sekolah
22.10 SPI. Bil. 8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah
22.11 SPI. Bil. 9/2001 : Penglibatan Pelajar dengan Kegiatan Negatif
22.12 SPI. Bil.10/2001 : Semua Guru Adalah Guru Displin.
22.13 SPI. Bil.9/2003 : Pelaksanaan Sistem Laporan Adab Belajar (Lab) Murid – Murid Sekolah Rendah Dan Menengah.
22.14 SPI. Bil.5/2003 : Dasar Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

Wednesday, September 9, 2009

Ulangkaji PTK

Kepada semua warga pendidik,

Tujuan saya memulakan blog ini adalah untuk kita semua bersama-sama mengulangkaji PTK dan komen tuan-tuan dan puan-puan adalah dialu-alukan. Sekiranya terdapat maklumat yang terkini daripada apa yang disiarkan dalam blog ini, sila maklumkan kepada saya melalui komen anda.

Sekian, terima kasih.

Adeline