Wednesday, November 18, 2009

Perintah AM Bab A

I. Lantikan
A. Syarat-syarat lantikan
1. Lantikan untuk jawatan awam hanya untuk warganegara samada tetap, sementara
atau kontrak.
2. Warga asing boleh dilantik jika
(a) tiada calon warganegara M'sia yang berkelayakan.
(b) untuk jawatan-jawatan tertentu di seberang laut secara kontrak atau
sementara bagi masa yang terhad sahaja.
3. Bekas pegawai yang berhenti tidak boleh diambil semula kecuali dengan kebenaran
khas Suruhanjaya.
4. Permohonan dari pegawai yang dibuang atau ditamatkan kerja kerana tindakan tatatertib atau prestasi rendah tidak boleh dilantik semula melainkan dalam keadaan khas atas pertimbangan Suruhanjaya.
5. Pegawai yang dibuang kerja atau ditamatkan kerja kerana tidak lulus peperiksaan wajib atau diberhentikan atas dasar mengurangkan kakitangan boleh dilantik semula.
6. Pegawai kerajaan yangsedang berkhidmat boleh dilantik ke jawatan awam yang lain oleh sesebuah Suruhanjaya yang berkenaan.

Hari Jadi
7. Dalam skim perkhidmatan di Malaysia, umur seseorang pegawai dikira berdasarkan
kalender Gregory.
Untuk menentukan umur seseorang pegawai di mana:
a. jika hanya bulan sahaja diketahui: maka tarikh lahir ialah pada hari
terakhir bulan tersebut. Hari jadi pegawai yang lahir pada 29 Februari
adalah pada 1 Mac bagi tahun-tahun bukan lompat.
b. jiks hanya tahun diketahui, maka tarikh lahir ialah pada 31 Disember tahun
tersebut.

Kembali kepada PTK...

Selamat sejahtera,
Saya percaya ramai di antara anda sedang menunggu untuk saya menambah informasi di dalam blog ini. Saya memohon maaf kerana terlalu sibuk dengan tugas rasmi, saya menunggu sehingga kini baru saya dapat kemas kini blog ini. Saya harap tuan-tuan dan puan puan bersabar dengan kelewatan ini. Saya akan sentiasa memberi yang terbaik bukan kerana saya anggap diri saya baik TETAPI saya juga ingin belajar daripada tuan-tuan dan puan-puan...
Semoga kita sama-sama berjaya!!!
adeline