Tuesday, March 30, 2010

Protokol dan etiket majlis rasmi 1

PENDAHULUAN

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.


Jenis-jenis Majlis Rasmi

1. Majlis Penuh Istiadat
Istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran, menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri.

2. Majlis Rasmi dan Formal
Majlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk seseorang ketua negara asing.

3. Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal
Majlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh sempena hari kebangsaan.

4. Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal
Dianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri.

5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak Formal
Seperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.


ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL

1. Jawatankuasa
2. Tempat majlis
3. Penyediaan senarai jemputan
4. Aturcara majlis
5. Kesesuaian pakaian dalam majlis
6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan
7. Pemilihan Menu
8. Susunan keutamaan
9. Panggilan hormat
10. Susunan tempat duduk
11. Pengacaraan Majlis Formal
12. Penyediaan aturcara pentadbiran
13. Peranan penyambut tetamu
14. Raptai
15. Nilai-nilai Islam
16. Post-Mortem


ELEMEN PENTING ETIKET

1. Cita Rasa Berpakaian
2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi
3. Penampilan dan Pengayaan Diri
4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan
5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial
6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri
7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk
8. Kesopanan dalam Majlis Buffet
9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia
10. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)
11. Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Luar Rumah)
12. Menghadiri Pelbagai Majlis Formal
13. Mengenali Peralatan Jamuan
14. Cara Menghidang
15. Tertib di Meja Makan


ANTARA ELEMEN PENTING ETIKET


1. TERTIB PERKENALAN

a) Prinsip Perkenalan
• Perkenalkan lelaki kepada wanita.
• Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting.
• Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada orang yang lebih tinggi pangkatnya.
• Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua.

b) Keberkesanan dalam perkenalan
• Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk menerima perkenalan.
• Sebut nama dengan jelas dan betul.
• Perlakuan yang tertib.
• Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan.
• Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-baiknya akui.
• Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu.
• Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau menggenggam dengan kuat.
• Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas.

b.) Tertib Memperkenalkan
i) Izinkan saya memperkenalkan ...............
ii) Puan..........inilah Encik..............
iii) Boleh saya memperkenalkan ...................

c.) Cara Menjawab Yang Sopan
i) Apa Khabar ?
ii) Bertuah dapat berkenalan!
iii) Hello!

d.) Larangan Semasa Menjawab Perkenalan
i) Elakkan bertanya tentang asal usul tempat / daerah / bangsa / agama.
ii) Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus.
iii) Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara.
iv) Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain.
v) Elakkan memandang jijik kepada orang yang diperkenalkan.
vi) Elakkan memberi senyuman sinis / tidak ikhlas.


2. BERJABAT TANGAN (BERSALAM)

a. Pelbagai cara
• Kasar dan agresif
• Mengawal
• Hujung jari sahaja
• Tarik
• Sejuk
• Erat dan mesra

b. Perkara-perkara negatif semasa bersalam
• Pengangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau sambil lewa.
• Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan kurang penting.
• Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting / kurang suka dan tidak berminat.
• Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan marah.
• Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci.

Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah mengikut keadaan . Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak mahu bersalam, memadai dengan menundukkan kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu menggunakan pelapik seperti tudung / sapu tangan untuk bersalam.

3. PERBUALAN SOSIAL

a.) Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut:-
 Hobi.
 Sukan.
 Muzik.
 Rancangan Televisyen.
 Pakaian.
 Menanam bunga (Gardening).
 Makanan.
 Pengembaraan.
 Kesenian.
 Cuaca.

b.) Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai
• Perbualan peribadi.
• Fahaman politik.
• Keagamaan.
• Peperangan.

c) Tertib perbualan sosial
 Kedua-kedua pihak berminat.
 Pandang ke arah orang yang bercakap.
 Dengar dengan teliti.
 Bercakap dengan nada yang biasa.
 Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama).
 Bercakap secara bersahaja.
 Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap.
 Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu kumpulan.


4. TATAHIAS PAKAIAN DAN GAYA


Kepentingan Tatahias

Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:-

i. Imej organisasi di mana ianya berkhidmat .
ii. Imej peribadi.

a) Kesesuaian pakaian wanita

Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-
• Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau pada siang hari.
• Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.
• Jangan melebihi empat warna pada satu masa
• Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada warna kulit dan bentuk badan.
• Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.
• Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak jarang.
• Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.
• Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.
• Rambut hendaklah tersisir rapi.
• Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika memakai tudung.
• Jika memakai mini telengkong, warna tudung hendaklah bertentangan dengan warna baju.
• Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’
• Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.
• Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.
• Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar.
• Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
• Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.


b) Kesesuaian Pakaian Lelaki

• Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.
• Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar).
• Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.
• Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan panjang
• Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang.
• Sesuaikan warna tali leher dengan baju.
• Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak.
• Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet
• Sesuaikan warna stoking dengan seluar.
• Kasut hendaklah bersih dan berkilat.
• Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.
• Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ‘cologne’ di kedua belah bahu.
• Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut.
• Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
• Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan kedua.
• Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.
• Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh menyulitkan pergerakan badan dan tangan.
• Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis berjalur keseluruhannya.
• Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai ataupun singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
• Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih / berpakaian sukan.
• Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi.

5. KESESUAIAN PAKAIAN BAGI PELBAGAI MAJLIS ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
(a) Perempuan (b) Lelaki

Majlis

1)Bankuet Negara atau Negeri
(a) Baju Kurung Atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon (b) Mess Kit/White Tie/Baju Kebangsaan Rasmi dengan Darjah Kebesaran

2Jamuan Makan Malam Rasmi oleh Ketua Negara atau Ketua Kerajaan
(a)Baju Kurung berselendang/Baju Kebaya Labuh Berselendang
(b)Baju Kebangsaan Hitam/Black Tie

3)Jamuan Makan Malam Formal
(a)Baju Kurung/Baju Kebaya Labuh
(b)Baju Kebangsaan /Lounge Suit


4)Jamuan Makan Malam Tidak Formal
(a)Baju Melayu Moden
(b)Baju Batik Lengan Panjang


5)Jamuan Makan Tengahari Rasmi
(a)Baju Kebaya/Baju Kurung
(b)Baju Batik Lengan Panjang/ Lounge suit/Pakaian Kerja

6)Jamuan Makan Tengahari Tidak Rasmi
(a) Baju Melayu Moden
(b) Baju Batik Lengan Panjang

7)Jamuan Teh Rasmi Kebesaran
(a)Baju Kurung/Baju Kebaya Labuh
(b)Baju Batik Lengan Panjang/ Lounge suit/Pakaian Kerja

8)Penguniaan Darjah Kebesaran
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Baju Batik Lengan Panjang /Lounge Suit/Pakaian Kerja


9)Istiadat Pertabalan
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Pakaian Istiadat/Baju Kebangsaan Rasmi


10)Hari Ulang Tahun Kemerdekaan
(a)Baju Kebaya/Baju Kurung
(b)Baju Batik Lengan Panjang/Bush-Jacket/Pakaian Kerja

11)Pembukaan Persidangan Parlimen
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Pakaian Istiadat/Baju Kebangsaan Rasmi

12)Mengadap Tuanku
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Lounge suit gelap dan bersongkok/ baju kebangsaan

13)Cocktails dan Receptions
(a)Baju Kebaya/Baju Kurung
(b)Baju Batik Lengan Panjang/Lounge Suit

14)Musabaqah
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Baju Kebangsaan/ Baju Batik Lengan Panjang/Lain-lain Pakaian yang sesuai

15)Pengebumian
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Baju Kebangsaan/ Baju Batik Lengan Panjang/Lain-lain Pakaian yang sesuai

16)Majlis Anjuran Agensi (siang)
(a) Pakaian Kerja
(b) Baju Kebangsaan

17)Majlis di Luar Dewan seperti Perasmian Sukan
(a)Baju Kurung
(b)Pakaian Kerja

18)Anugerah Sastera Negara dan Anugerah Seni
(a)Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
(b)Baju Batik Lengan Panjang/Baju Kebangsaan Hitam/Lounge suit warna gelap

6. HIASAN

Barang-barang kemas samada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, rantai tangan, jam, cincin, dan rantai leher memang perlu dipakai. Kesederhanaan adalah yang paling sesuai dan ia adalah sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh yang demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai. Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.

a) Tali Pinggang
i) dari jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai

b) Selendang dan Skaf
i) dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti di majlis rasmi dengan cara disangkutkan di bahu.
ii) Dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi kematian-selendang menutupi seluruh kepala.

c) Beg Tangan

Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti :-
i) Kegunaan harian di pejabat.
ii) Kegunaan pelbagai.
iii) Kegunaan majlis rasmi.


7. MINYAK WANGI

Pilihan yang lembut, supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan

a) Minyak wangi tulen
i) Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja.

b) Eau de toilette
i) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu dipakai beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat.
c) Semburan badan
i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat.



8. KESIHATAN, KEBERSIHAN, DAN KEKEMASAN

Aspek ini amat penting, ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya.

Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah :

a) Bahagian kepala dan muka
• Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga.
• Misai dan janggut diurus dengan baik.
• Bulu hidung tidak kelihatan liar.
• Gigi sentisa bersih.
• Pernafasan tidak berbau.

b) Bahagian badan dan tangan
• Badan tidak berbau.
• Baju tidak ada tanda tercarik.
• Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan kolar.
• Baju kelihatan tidak bergosok (iron).
• Kuku jari dipotong tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit.
• Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau bersisik.

c) Bahagian punggung dan kaki
• Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron)
• Seluar tidak kelihatan tercarik.
• Tidak berstokin.
• Memakai stokin lebih daripada hadnya harinya.
• Bagi wanita, jangan pakai stokin berwarna perang atau berbunga.
• Kasut kelihatan kelabu.
• Kasut coklat kelihatan hitam.
• Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah “worn-out”.



ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL


JAWATANKUASA

Dalam perlaksanaan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting. Jawatankuasa yang dimaksudkan di sini bukanlah jawatankuasa yang ditubuhkan khas untuk sesuatu majlis atau jawatankuasa yang ditubuhkan secara 'adhoc', tetapi satu jawatankuasa tetap yang mempunyai ahli yang terhad bilangannya dan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.

Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi atau 'Official Functions' Committee '. Di peringkat agensi maka adalah perlu mempunyai satu jawatankuasa majlis rasmi yang tetap yang akan merancang dan melaksanakan semua majlis rasmi bagi agensi berkenaan. Bilangan ahlinya terhad, jika boleh tidak melebihi dari tujuh orang, dan terdiri daripada pegawai di agensi yang berkenaan sahaja.

TEMPAT MAJLIS

Penentuan tempat majlis adalah perlu dibuat awal kerana tempat majlis ada kaitannya dengan bilangan tetamu dan anggaran perbelanjaan. Perkara-perkara penting yang mesti diambilkira adalah seperti berikut:

i). Diketahui umum dan mudah dituju

ii). Mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi

iii). Mempunyai ruang legar yang luas

iv). Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi

v). Sesuai dengan jenis majlis yang hendak diadakan

Ada majlis yang diadakan di dalam dewan dan ada majlis yang diadakan di luar dewan yang lebih terbuka. Penggunaan protokol adalah tertakluk kepada jenis majlis dan juga tempat majlis itu diadakan. Biasanya majlis yang diadakan di tempat yang terbuka dan juga di tempat ibadat penggunaan protokol adalah terhad dan adakalanya terpaksa diubahsuai.


PENYEDIAAN SENARAI JEMPUTAN

Bagi setiap majlis. hendaklah disediakan dalam 5 bentuk iaitu:

i) Ringkasan Senarai
Ia merupakan senarai kategori dan bilangan tetamu. Tujuannya adalah supaya dapat diketahui kategori tetamu, bilangannya, kombinasi dan peringkat tetamu.

ii) Senarai Nama

Senarai Nama adalah senarai yang akan menyenaraikan nama-nama tetamu mengikut kategori. Jika dalam kategori menteri ada senarai 4 orang menteri maka nama 4 orang menteri yang akan dijemput hendaklah ditulis. Senarai nama ini bukanlah setakat nama sahaja tetapi hendaklah mengandungi butir lain yang lengkap seperti:

• Nama penuh dengan gelaran dan Darjah Kebesaran yang disandang (jika ada)
• Nama isteri (jika diketahui)
• Jawatan atau pangkat
• Alamat Pejabat (lengkap dengan poskod)
• Nombor Telefon Pejabat
• Alamat Rumah (lengkap dengan poskod)
• Nombor Telefon Rumah
• Nama Setiausaha Sulit dan Nombor Telefon (jika ada)

iii) Senarai Mengikut Keutamaan
Senarai tetamu dari senarai kedua tadi disusun mengikut susunan keutamaan. Senarai ini hendaklah mengikut panduan dan Susunan Keutamaan Persekutuan atau negeri, atau agensi mana yang berkenaan. Dalam menyediakan senarai ini tidak perlu ditulis secara terperinci dan memadai namanya sahaja serta ringkasan jawatan.

iv) Senarai Jawapan Kehadiran

Senarai ini adalah sama dengan senarai ketiga tetapi ditambah dengan dua ruangan di sebelah kanan untuk ditandakan hadir dan tidak hadir. Ruang ini hendaklah serta-merta ditandakan, sebaik sahaja menerima jawapan hadir atau tidak hadir.

v) Senarai Hadir
Senarai yang terakhir dan mengandungi senarai tetamu yang menjawab hadir sahaja. Senarai ini adalah diambil dari senarai keempat dengan mengeluarkan nama-nama tetamu yang telah menjawab tidak hadir. Nombor kerusi tetamu biasanya tercatit dalam senarai ini dan . Penyambut tetamu perlu ada senarai ini.


ATURCARA MAJLIS

Aturcara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis dari mula hingga akhir. Majlis rasmi kerajaan yang diadakan pada sebelah malam hendaklah dimulakan selepas 8.00 malam dan ditamatkan selewat-lewatnya jam 11.30 malam. Majlis yang diadakan pada sebelah siang jika hari Jumaat hendaklah ditamatkan sebelum 12.15 tengahari dan jika dimulakan pada sebelah petang hendaklah tidak lebih awal daripada 2.45 petang.

Cara membuat aturcara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu acaranya mengjkut urutannya. Lepas itu letakkan masa akhirnya dan kemudian dari waktu akhir rnembawa ke waktu permulaan. Sebelum itu hendaklah ditentukan jangka masa bagi setiap acara.


PENULISAN DAN PENGEDARAN KAD JEMPUTAN

Kad Jemputan hendaklah mengandungi butir-butir berikut:

1. Nama majlis
2. Penganjur atau yang menjemput
3. Logo agensi
4. Tempat majlis
5. Ruang nama jemputan
6. Tarikh majlis diadakan
7. Masa majlis bermula dan masa majlis berakhir
8. Masa ketibaan tetamu
9. Panduan pakaian
10. Nama dan nombor telefon rujukan
11. Aturcara majlis (mengikut keperluan) dan plan tempat majlis (mengikut keperluan)
12. Kad jawapan (mengikut keperluan)
13. Plan Lokasi (mengikut keperluan)

Nama tetamu di kad jemputan hendaklah ditulis dengan tangan manakala sampulnya ditaip dan diedarkan 4 minggu sebelum majlis diadakan dan tarikh jawapan diterima ialah seminggu sebelum majlis diadakan. Jika masa lewat iaitu kurang dari dua minggu kad-kad jemputan hendaklah dihantar dengan tangan.

PEMILIHAN MENU

Terdapat tiga kategori jamuan iaitu:-

a) Jamuan ringan dalam sesuatu majlis
Jamuan ringan dalam sesuatu majlis ialah jamuan yang diadakan di pertengahan majlis ataupun di penghujung majlis. Biasanya diadakan di penghujung majlis. Jika majlis mengambil masa yang lama maka diadakan jamuan ringan di pertengahan majlis iaitu masa rehat. Menu bagi jamuan ini tidak perlu berat dan jenisnya pula mengikut cara jamuan itu diadakan samada buffet berdiri, buffet duduk atau duduk.

Bagi Buffet berdiri menu yang disediakan hendaklah yang senang dimakan. Makan yang berbungkus tidak sesuai. Cara buffet duduk boleh terdiri daripada jenis makanan yang susah sedikit untuk dimakan clan berat sedikit kerana tetamu senang untuk makan dan berasa selesa.

b) Majlis khas jamuan ringan
Majlis khas jamuan ringan biasanya diadakan secara duduk dan dengan itu boleh disediakan menu yang lebih berat dan jenis buffet. Walau bagaimanapun kombinasi kuih muih hendaklah mengikut prinsip; manis-pedas, berbungkus-terbuka, warna-warni, keras-lembut dan sebagainya.

c) Jamuan makan
Menu bagi majlis jamuan makan pula terbahagi kepada dua iaitu Menu Biasa dan Menu Barat. Makanan China atau "Chinese food" tidak sesuai bagi majlis rasmi dan formal sebab cara menghidangnya sukar mengikut amalan protokol di Malaysia.

Menu Biasa yang mengandungi nasi dan lauk pauk adalah sesuai untuk majlis yang tetamunya ialah orang-orang tempatan manakala Menu Barat hanya digunakan apabila terdapat ramai tetamu luar negeri atau majlis tersebut khas diadakan untuk tetamu luar negeri.


SUSUNAN KEUTAMAAN

Dari segi protokol, keutamaan yang perlu diikuti dalam majlis rasmi dan formal ialah keutamaan yang diwartakan sebagai Susunan Keutamaan Persekutuan dengan pindaan-pindaan yang telah diluluskan dari semasa ke semasa. Di peringkat negeri pula hendaklah mematuhi Susunan Keutamaan Negeri yang berkenaan. Susunan ini hendaklah diamalkan di semua majlis formal seperti aturan ketibaan dan balik, tempat duduk, teks juruacara, teks ucapan clan lain-lainnya.

1. Yang di-Pertuan Agong.
2. Raja Permaisuri Agong.
3. Raja-raja dan Pemangku-Pemangku Raja
4. Yang di-Pertua Negeri-Negeri.
5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan DiRaja daripada Kerajaan Persekutuan.
6. Perdana Menteri.
7. Timbalan Perdana Menteri
Kehormat- 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota atau Raja Muda)
8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.).
9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.).
10. Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.).
Kehormat-10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.
11. Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
12. Yang di-Pertua Dewan Negara.
13. Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
14. Bekas-bekas Perdana Menteri.
15. Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri.
16. Ahli-ahli Jemaah Menteri.
17. Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.
Kehormat-17 A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri.
18. Peguam Negara.
19. Panglima Angkatan Tentera.
20. Ketua Polis Negara.
21. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
22. Timbalan- Timbalan Menteri.
23. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang Mutlak, Pemangku- Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha.
25. Presiden Mahkamah Rayuan.
26. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.
27. Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak
28. Ketua Pembangkang di Parlimen.
29. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan
30. Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan.
31. Setiausaha-Setiausaha Parlimen.
32. Bekas Ketua Setiausaha Negara.
33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II den III.
34. Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera den Bekas Ketua Polis Negara.
35. Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
36. Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
37. Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam.
38. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman.
39. Ketua Audit Negara.
40. Gabenor Bank Negara.
41. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
42. Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan.
43. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
44. Penyimpan Mohar Besar Raja-Raja.
45. Datuk Paduka Maharaja Lela.
46. Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.).
47. Ahli-ahliPanglima Setia Mahkota (P.S.M.).
48. Profesor-Profesor Diraja.
49. Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
50. Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.).
Kehormat-50A. Timbalan- Timbalan Menteri Besar/Timbalan- Timbalan Ketua Menteri.
Kehormat-50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri.
51. Ahli-ahli Dewan Negara.
52. Ahli-ahli Dewan Rakyat.
53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
54. Panglima Tentera Darat.
55. Panglima Tentera Laut.
56. Panglima Tentera Udara.
57. Timbalan Ketua Polis Negara.
58. Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
59. Naib-Naib Canselor Universiti.
Kehormat-59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri danMenteri Negeri di Sabah/Sarawak.
60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis yang setaraf dengannya.
61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua BadanBerkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas.
Kehormat-61 A. Penerima Anugerah 'Fellow' Negara.
62. Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu.
63. Pegawai-pegawai Gred Utama 'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
Kehormat-63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
64. Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.).
65. Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.).
66. Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.).
67. Pegawai-pegawai Gred I, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya.
68. Setiausaha-Setiausaha Politik.
69. Pegawai-pegawai Gred II den Pegawai-pegawai Tentera den Polis yang setaraf dengannya.
70. Konsul-Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di Malaysia

Rukun Negara

Rukun Negara

LATAR BELAKANG
Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
Matlamat Rukun Negara -mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

Prinsip-prinsip Rukun Negara -

Kepercayaan kepada Tuhan -
Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara -
Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

Keluhuran Perlembagaan -
Perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.

Kedaulatan Undang-Undang -
Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

Kesopanan Dan Kesusilaan -
Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Sukatan Untuk Komponen Kompetensi Generik 3

Sukatan Untuk Komponen Kompetensi Generik

Kategori
3. Urusan Perkhidmatan

Kompetensi
Berupaya melaksanakan dan mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan mengikut Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan bagi memastikan mutu perkhidmatan berkualiti.

Pengetahuan
i. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan)2005
ii. Bab c - Cuti
iii.Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
iv. Perubatan
v. Penilaian Prestasi Perkhidmatan (LNPT, PTK) dan
vi. Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan

Kemahiran
i. Mengenal pasti tatacara lantikan dan pengesahan jawatan
11. Mengetahui hak dan peruntukan sebagai penjawat awam berdasarkan kelayakan
iii.Mengenal pasti syarat kelayakan untuk kenaikan pangkat
iv. Mengenal pasti jenis-jenis elaun yang diperuntukkan dalam perkhidmatan
v. Mengenal pasti jenis-jenis cuti yang boleh diambil dan prosedur mengetahui
peruntukan yang berkaitan dengan peraturan dan tatatertib peagwai awam; dan
tuntutan perubatan

Monday, March 29, 2010

Pelan Integriti Nasional

Perutusan Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia

Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang sebagai sebuah negara membangun dan sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri. Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti.

Dalam perkhidmatan awam, Kerajaan telah melaksanakan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui Arahan Y.A.B. Perdana Menteri No.1 Tahun 1998, khususnya melalui penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di semua kementeriaan, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Namun, belum ada satu mekanisme menyeluruh untuk melibatkan semua sektor lain seperti sektor swasta, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agama, media, wanita, belia dan pelajar dalam gerakan pemantapan integriti secara bersepadu. Dalam hubungan inilah Kerajaan telah menggubal dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang berperanan sebagai pelan induk bertujuan memberikan bimbingan kepada keseluruhan sektor tersebut.

Semangat dan prinsip Perlembangaan Persekutuan, falsafah dan prinsip Rukun Negara serta aspirasi dan cabaran Wawasan 2020 menjadi pedoman bagi penggubalan dan pelaksanaan PIN. Bahkan, objektif umum PIN ialah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur."

PIN ialah sebuah pelan integriti yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. PIN digubal dengan mengambil kira keseluruhan pandangan dan cadangan yang disampaikan melalui satu siri seminar kebangsaan yang berlangsung selama kira-kira dua bulan, yang melibatkan para peserta daripada hampir kesemua sektor masyarakat dan negara Malaysia. Justeru itu, PIN mencerminkan hasrat bersama para pemimpin dan rakyat negara kita.

Bagi memastikan gerakan pemantapan integriti berjalan lancar dan mencapai matlamatnya, PIN menyusun keutamaan dan menetapkan sasarannya. Bagi tempoh lima tahun pertama (2004-2008), PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang hendak dicapai. Sasaran yang dikenali sebagai TEKAD 2008 ini ialah:

* Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan;
* Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi;
* Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
* Memantapkan institusi keluarga; dan
* Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Untuk mencapai TEKAD 2008, pendekatan dan strategi umum yang digunakan oleh PIN ialah menggerakkan semua sektor di seluruh negara dan masyarakat supaya mendukung dan menghayati semangat PIN. Mereka juga harus bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu sama lain untuk melaksanakan pelbagai programnya.

Gerakan pemantapan integriti memberi tumpuan kepada peningkatan integriti daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas. Kesemua komponen dan sektor berikut dilibatkan, iaitu keluarga, komuniti, dan masyarakat sivil (yang di dalamnya terdapat pelbagai badan bukan kerajaan), membawa kepada sektor agama, sosiobudaya (pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera dan warisan), ekonomi, politik dan pentadbiran. Dengan demikian, gerakan ini benar­benar bersifat menyeluruh dengan meliputi semua lapisan dan sektor negara dan masyarakat. Oleh sebab pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai 'institusi dari bawah' serta penggemblengan keseluruhannya dengan 'pihak atas' untuk tujuan meningkatkan integriti, maka ia mempunyai dinamisme dan keampuhannya yang tersendiri.

Serentak dengan pelancaran PIN, Kerajaan juga menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM). Kerajaan yakin sebagai mekanisme pelaksana dan pengkoordinasi pelaksanaan PIN, Institut ini akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan.

Gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. la sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Mengurus Kejayaan


1. Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menu rut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan.

2. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapa,i dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis.

3. Perangkaan atau data penting Malaysia memperlihatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM229.3 billion. Pertumbuhan ini dijangka meningkat pada kadar 5.5 hingga 6 peratus dalam tahun 2004. Kemudahan prasarana negara semakin menyeluruh dengan liputan bekalan elektrik dan bekalan air masing-masing mencapai tahap 94 dan 92 peratus sehingga tahun 2002. Pendidikan peringkat rendah telah mencapai 97.8 peratus kemasukan, manakala kadar celik huruf pada tahun 2002 adalah pada tahap 94 peratus. Jangka hayat lelaki dan wanita juga telah meningkat masing-masing kepada 70.4 tahun dan 75.3 tahun manakala kadar kematian bayi semasa lahir juga telah menurun dari 6.6 bagi setiap satu ribu pada tahun 2001 kepada 6.2 pada tahun 2002. Pembangunan, pertumbuhan dan daya saing negara seperti ditunjukkan daripada perangkaan ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen-elemen nilai murni, integriti dan akauntabiliti. Di samping itu, ia juga berasaskan pertanggungjawaban semua pihak bagi memastikan kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat dikecapi secara berterusan.

4. Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya gejala yang bertentangan dengan prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan ketidakcekapan dihapuskan. Rakyat menuntut integriti dipertahan dan dipertingkatkan dalam semua urusan kerajaan, swasta, parti politik, media, kesatuan sekerja, NGO, belia, pelajar, dan masyarakat umum.

Komitmen Kerajaan Malaysia

5. Kerajaan Malaysia sangat komited kepada usaha pembangunan negara secara total. Dasar-dasar negara yang mencakupi bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial telah diperkenal dan dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur. Kemajuan Malaysia masa kini adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak Kerajaan dan agensi-agensinya, pihak swasta, serta pelbagai sektor masyarakat secara bersepadu dan berterusan.

6. Semenjak tahun 1951 sehingga kini, Mataysia telah pun melaksanakan sebelas rancangan lima tahunnya. Sejak tahun 1971 pula, negara ini telah dibimbing oleh tiga Pelan Jangka' Panjang, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000), dan Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).

7. Hala tuju dan prinsip dalam ketiga-tiga pelan jangka panjang ini dipandu oleh semangat dan prinsip negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. Perlembagaan Persekutuan menggariskan kontrak sosial yang menjadi pedoman kerukunan hidup serta kemajuan negara dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara ialah falsafah dan ideologi negara yang diisytiharkan pad a 1970 untuk membentuk konsensus baru, menyatupadukan masyarakat berbilang kaum serta membangunkan sebuah masyarakat yang adil, demokratik, liberal dan progresif. Wawasan 2020 yang diumumkan pad a tahun 1991 mengandungi aspirasi negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta cabaran­cabaran yang perlu ditanganinya dalam usaha merealisasikan aspirasi itu. Prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di Malaysia sehingga ke hari ini.

Langkah Berterusan Mempertingkatkan Etika dan Integriti dalam Sektor Awam

8. Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan negara. Justeru, pembudayaan etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi am alan berterusan. Ke arah ini, Kerajaan telah memperkenal dan melancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan integriti perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, usaha yang lebih terfokus dilaksanakan sejak tahun­tahun 1980an. Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep 'Sersih, Cekap danAmanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Sudaya Kerja Serkualiti', 'Kod Etika Kerja', 'Piaggam Pelanggan' dan 'ISO 9000'.

9.Di samping itu, bagi memastikan penguatkuasaan usaha pencegahan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa, Kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan Akta Pencegah Rasuah, 1961, bagi menggantikan The Prevention of Corruption Ordinance 1950. Dalam tahun 1967, Sadan Pencegah Rasuah (SPR) telah ditubuhkan bertujuan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Dengan mengambil kira perkembangan dalam negeri dan antarabangsa, Akta ini kemudian disemak pada tahun 1971 dan seterusnya dimansuhkan serta digantikan dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sejak penubuhannya sehingga kini, BPR telah memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti pentadbiran Kerajaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

#
Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (SPA) sebagai salah satu mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai salah tadbir, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam. Jabatan Audit Negara dibentuk untuk mengaudit Penyata Akaun Awam bagi memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil dan aset Kerajaan dilaksanakan secara berhemah mengikut undang­undang dan peraturan. Manakala Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan, antara lain, sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang moden, cekap dan berkesan.

#
Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya. Pad a masa ini Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.S. Perdana Menteri.

#
Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat sehingga ke peringkat akar umbi.

#
Objektif Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan di semua peringkat ialah untuk memastikan bahawa jentera pentadbiran Kerajaan terus-menerus cekap, berdisiplin dan berpegang teguh kepada syarat keutuhan yang paling tinggi dengan berpandukan nilai-nilai murni. Pad a masa yang sama, ia juga bertujuan mengatasi masalah dan kelemahan khususnya dalam pengurusan kewangan, pelanggaran disiplin, gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

#
Sebagai suatu garis panduan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni. Kerajaan telah mengenalpasti satu himpunan nilai teras sebagai panduan untuk dihayati dan dilaksanakan oleh penjawat sektor awam. Himpunan nilai teras itu ialah amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur. Ini adalah nilai induk bagi sesebuah organisasi yang beradab dan patut dihayati oleh setiap warga perkhidmatan awam. Selain itu. Kerajaan juga mengenalpasti nilai kembangan, yakni nilai yang dibentuk dari bawah, terdiri daripada nilai yang sesuai dan relevan dengan kepakaran dan operasi organisasi berkenaan, yang akan mendukung pencapaian yang dituntut oleh nilai teras. Mekanisme JKP yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah bertanggungjawab menerapkan nilai­nilai tersebut.

#
Terdapat lapan terma rujukan yang menjadi panduan JKP, iaitu Perundangan. Sistem dan Prosedur Kerja, Nilai-nilai Murni dan Etika, Kod Etika, Pengiktirafan. Kawalan Dalaman, Tindakan Pengesanan dan Punitif, serta Tindakan Pemulihan. JKP merupakan suatu mekanisme yang berstruktur dengan pelaporan berkala bertujuan memantapkan lagi keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia secara dalaman, menyeluruh, sistematik dan berterusan.

#
Selain daripada penekanan elemen etika dan integriti yang dinyatakan di atas, Kod Etika Hakim (1994) dan Kod Etika Bagi Anggota-Anggota Pentadbiran (1997) juga telah digubal dan diguna pakai.

Langkah-langkah Peningkatan Etika dan Integriti dalam Sektor Swasta

#
Sektor swasta adalah pemacu pembangunan dan penjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. Isu utama mengenai integriti sektor swasta yang dititikberatkan dewasa ini ialah tadbir urus korporat. Sifat ekonomi Malaysia yang terbuka dan kemakmuran ekonomi selama beberapa dekad ini memberi peluang bukan sahaja kepada sektor swasta luar negara untuk beroperasi di negara ini. tetapi juga untuk sektor swasta dalam negeri beroperasi di pasaran global. Walau bagaimanapun. beberapa peristiwa yang berlaku di peringkat dunia dan di dalam negeri dalam tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan betapa pentingnya tadbir urus terbaik dijadikan prinsip yang menjiwai syarikat serta membimbing perlakuan para pegawainya. Prinsip ini menggariskan bagaimana para pegawai tersebut harus bertingkah laku dan bertanggungjawab terhadap para pelabur dan pihak berkepentingan yang lain. Pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan menunjukkan betapa pentingnya isu tadbir urus terbaik dilaksanakan.

#
Salah satu masalah yang menjejaskan integriti sektor swasta ialah penglibatannya dengan gejala rasuah. Sektor swasta kerap dilihat sebagai pemberi rasuah manakala penjawat awam dilihat sebagai penerima rasuah. Walau bagaimanapun, gejala rasuah sama ada dalam bentuk memberi dan menerima juga berlaku dalam sektor swasta. Memandangkan betapa seriusnya masalah ini, satu konvensyen antarabangsa, iaitu Organization for Economic Cooperation Development (OECD) Anti-Bribery Convention telah ditandatangani oleh 35 buah negara pada 1999 untuk menangani dan mencegah amalan pemberian rasuah oleh syarikat multinasional dan meningkatkan integriti mereka. Konvensyen ini mengharamkan tindakan menyogok oleh syarikat-syarikat tersebut.

#
Namun begitu, usaha mence~ah gejala rasuah dalam sektor swasta masih tidak mencukupi. Setakat ini masih belum terdapat tindakan undang­undang yang cukup berkesan diambil oleh negara-negara penandatangan Konvensyen berkenaan terhadap pelbagai syarikat dan pegawai mereka yang memberi dan menerima rasuah. Pad a masa yang sama, gejala jenayah korporat yang lain seperti penipuan telah menjejaskan kredibiliti dan integriti sektor tersebut di kalangan pelabur dan juga anggota masyarakat. Justeru, usaha meningkatkan integriti sektor korporat menjadi amat penting.

#
Gejala-gejala di atas menegaskan satu hakikat pokok, iaitu betapa pentingnya prinsip tadbir urus terbaik menjadi nadi dan jiwa sektor korporat. la juga menunjukkan betapa pentingnya pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi yang berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas sektor tersebut agar gejala semacam ini dapat dibendung, integriti ditingkatkan dan kemakmuran ekonomi dapat dikekalkan.

#
Sementara Jawatankuasa Keutuhan pengurusan (JKP) merupakan mekanisme sektor awam untuk menangani isu etika dan integriti dalam perkhidmatan awam dan Kerajaan, sektor swasta tidak mempunyai mekanisme yang sama. Namun, satu langkah positif telah diambil oleh Kementerian Kewangan dengan menubuhkan Jawatankuasa Kewangan Tingkat Tinggi (High Level Finance Committee) pad a 1998 sejurus selepas krisis kewangan 1997.

#
Hasil inisiatif tersebut, satu kod mengenai tadbir urus korporat yang dikenali sebagai Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) telah diterbitkan pad a Mac tahun 2000. Walaupun pad a mulanya MCCG tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak swasta, keadaan berubah sejak Januari 2001 apabila Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB) menguatkuasakan Revamped Listing Requirements dan menerimapakai kod ini. Oalam syarat penyenaraian bagi syarikat, MSEB tidak menjadikan kepatuhan pada prinsip dan amalan terbaik dalam MCCG sebagai syarat mandatori. Walau bagaimanapun, semua syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dituntut supaya bersifat telus dengan melakukan disclosures seperti yang dituntut dalam syarat penyenaraian atau Listing Requirements. Mereka diwajibkan membuat laporan mengenai pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh syarat penyenaraian.

#
Setiap syarikat dalam Laporan Tahunan masing-masing dikehendaki memasukkan Kenyataan Mengenai Tadbir Urus Korporat yang melaporkan bagaimana prinsip-prinsip dalam kod MCCG diterapkan serta seta kat mana amalan terbaik dalam kod ini dipatuhi. Sekiranya amalan terbaik ini tidak dipatuhi, maka syarikat diperlukan membuat penjelasan dan menerangkan amalan alternatif yang mereka laksanakan. Dengan cara ini, syarikat terpaksa meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawabannya.

#
Dalam sektor kewangan pult Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Pelan Induk Ke Arah Masa pepan Yang Lebih Terjamin pada bulan Mac 2001. Pelan induk ini memberikan hala tuju sistem kewangan bagi tempoh sepuluh tahun sehingga 2010. Objektif pelan ini adalah untuk mewujudkan sistem kewangan yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik dengan amalan-amalan terbaik yang mampu memenuhi permintaan pengguna dan perniagaan yang semakin canggih. Sistem ini juga harus dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, serta cabaran globalisasi dan liberalisasi.

#
Selain itu, satu himpunan etika dalam bidang perniagaan yang dikenali sebagai Rukuniaga Malaysia juga telah digubal dan diterimapakai oleh Kementerian Perdagangan Oalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak tahun 2002. Rukuniaga Malaysia menggariskan enam prinsip dalam urusan perniagaan iaitu: Berlaku benar dalam amalan perniagaan; Bertanggungjawab kepada pelanggan, masyarakat dan persekitaran; Berperikemanusiaan kepada semua insan; Kesederhanaan tingkah laku dalam perniagaan; Saksama terhadap pelanggan; dan Kesungguhan menjayakan perniagaan. Sebilangan syarikat telah menerima Rukuniaga Malaysia sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka.

Langkah-langkah Peningkatan Etika dan Integriti dalam Sektor Lain

#

Sejumlah badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) juga telah menggubal kod etika masing-masing untuk memastikan peningkatan etika dan integriti dalam organisasi mereka. Badan-badan profesional di Malaysia, misalnya, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Persatuan Akauntan Bertauliah, Lembaga Arkitek Malaysia dan lain-lain mempunyai kod etika masing­masing yang perlu dipatuhi oleh pengamal profesion berkenaan. Bahkan, para pelajar institusi pengajian tinggi dalam profesion berdaftar seperti perubatan, kejuruteraan dan undang-undang juga perlu mengikuti kursus etika sebagai syarat bagi mereka mendapat kelulusan dalam bidang itu dan menjadi pengamalnya.

#
Selain itu, persatuan pengguna, pertubuhan perguruan, pertubuhan pemberi khidmat penjagaan dan pertubuhan alam sekitar juga telah menggubal kod etika mereka. Juga, terdapat badan-badan lain di kalangan masyarakat sivil yang memantau pelaksanaan etika dalam beberapa bidang seperti hak asasi manusia, tadbir urus terbaik dan ketelusan, serta amalan pilihan raya dan demokrasi di Malaysia. Kesemua ini menunjukkan bahawa kesedaran dan komitmen terhadap etika dan integriti di kalangan pelbagai sektor masyarakat Malaysia semakin meningkat.

Perlunya Satu Mekanisme Menyeluruh

#
Apa yang nyata daripada huraian di atas ialah usaha peningkatan etika dan integriti masih merupakan usaha yang tidak bersepadu, tidak menyeluruh, dan bergerak secara bersendirian tanpa sinergi semua sektor untuk melaksanakannya. Oleh yang demikian, suatu mekanisme menyeluruh yang merangkumi semua sektor perlu dibentuk dan agenda integritinya dilaksanakan secara berkoordinasi.

#
Untuk tujuan itu, suatu peranc,ngan menyeluruh yang dikenali sebagai Pelan Integriti Nasional (PIN dibentuk dengan memberi fokus kepada matlamat pemantapan etika dan integriti serta membudayakan integriti di kalangan semua anggota masyarakat. Semua pihak iaitu Kerajaan, swasta, parti politik, institusi agama, kesatuan sekerja, NGO, wanita, media, belia, pelajar dan golong an lain dalam masyarakat dari setiap pelusuk negara, secara keseluruhannya perlu meningkatkan kefahaman dan komitmen mereka terhadap integriti .

#
Seiring dengan penggubalan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan. IIM adalah mekanisme yang mengkoordinasikan pelaksanaan PIN.

Kesimpulan

#
Gerakan pemantapan integriti semua lapisan masyarakat dibimbing oleh PIN dan dikoordinasikan pelaksanaannya oleh IIM. Gerakan ini terus menjadi inspirasi dan kekuatan bagi membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Falsafah PIN


1. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Hakikat kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama adalah suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan. PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan pro"gresif serta berpegang teguh pad a lima prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020.

2.Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia. Di samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsat pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.

3.Ringkasnya, PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip, dan matlamat yang hendak dicapai dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar strategik sebelum ini, di samping mengambil kira pelbagai perkembangan dan cabaran baru.

Konsep

4. PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekaligus negara yang berintegriti.

5. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah. Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambahbaik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.

6. Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan. PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka. Sinergi pelaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.

Objektif Umum

7. Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Objektif khusus

8. Objektif khusus PIN adalah seperti berikut :
*
Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
*
Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;
*
Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
*
Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
*
Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan

Kesimpulan

9. Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia. Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju mengikut acuan sendiri.

Pendekatan Umum


1. Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan menyeluruh dan berterusan yang dipandukan oleh prinsip dan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dan sektor negara dan masyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu sama lain untuk mencapai cita-citanya. Pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai komponen 'dari bawah' yang bekerjasama sesama sendiri serta penggemblengan kekuatan tersebut dengan 'pihak atas' untuk tujuan meningkatkan integriti. Oi antara pelbagai komponen itu terdapat timbal balas yang berterusan. Sementara 'pihak atas' memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai integriti, 'pihak bawah' pula memberikan sokongan, maklum balas dan kawalan kepada 'pihak atas'. Oengan cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan dinamika dat kekuatannya.

2. Setiap komponen atau sektor perlu mempunyai dan melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing selaras dengan PIN. Strategi, program dan aktiviti itu perlu diulangkaji dari semasa ke semasa. Ulangkaji itu ialah untuk menilai keberkesanan dan memperbaiki kelemahannya agar integriti secara selangkah demi selangkah menjadi budaya masyarakat dalam jangka panjang.

Komponen Terlibat
3. Keseluruhan komponen atau institusi berikut terlibat dalam gerakan ini (sila lihat Gambarajah 2):

3.1 Keluarga;

3.2 Komuniti;

3.3 Masyarakat Sivil (Pertubuhan Bukan-Kerajaan);

3.4 Sosiobudaya (pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera dan warisan);

3.5 Agama;

3.6 Ekonomi;

3.7 Politik; dan

3.8 Pentadbiran.

Mekanisme Pelaksanaan

4. Pelaksanaan dan penyelarasan program integriti di setiap komponen atau institusi adalah tanggungjawab agensi yang sudah sedia wujud dalam komponen itu sendiri. Bagi komponen yang tidak ataupun belum mempunyai mekanisme berkenaan, usaha ke arah pembentukan mekanisme ini perlu dilakukan.

5. Pada masa ini di sektor awam sudahpun terdapat mekanisme pelaksanaan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di pelbagai peringkat. Mekanisme ini perlu diperkukuhkan dengan komitmen yang lebih tinggi semua lapisan kepimpinan supaya ia menjadi lebih berkesan. Bagi sektor swasta, terdapat badan-Dadan yang mewakili kepentingan majikan seperti dewan perniagaan dan persatuan lain yang boleh memainkan peranan ini. Badan pengawalan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berperanan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang ditetapkan untuk sektor-sektor berkenaan.

6. Bagi komponen lain seperti keluarga, komuniti, masyarakat sivil, dan sosiobudaya, terdapat pelbagalagensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sudah sedia wujud dari yang boleh menjadi penggerak dalam melaksanakan program integriti masing-masing. Pemantauan oleh mana­mana agensi seperti Pendaftar Pertubuhan, misalnya, perlu dilakukan secara berkesan. Walau bagaimanapun, pemantauan dan penyelarasan paling berkesan ialah oleh badan-badan dalam komponen itu sendiri.

7. Kepentingan golongan pelajar, belia, wanita, golongan agama dan pelbagai kumpulan etnik, khususnya golongan minoriti, penduduk bandar dan luar bandar serta golongan bawahan, perlu diberikan perhatian khusus dalam gerakan pemantapan integriti. Pemerkasaan atau empowerment melalui penglibatan golongan-golongan ini dalam proses pembuatan keputusan di pelbagai peringkat patut dititikberatkan, manakala perasaan tersisih atau terpinggir perlu diatasi. Pelaksanaan dan penyelarasan program integriti masing-masing juga harus dilakukan melalui pelbagai badan yang sedia wujud.

8. Bagi kelompok seperti pelajar, belia, dan wanita, terdapat banyak organisasi yang mewakili mereka. Bahkan, di peringkat kebangsaan masing-masing mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Majlis Perundingan Belia Kebangsaan, dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Bagi golongan pekerja, terdapat CUEPACS dan MTUC masing-masing untuk pekerja sektor awam dan sektor swasta. Bagi golongan petani dan nelayan, terdapat Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan, untuk kelompok masing-masing yang bergerak di peringkat nasional dan juga peringkat akar umbi.

9. Bagi penganut agama, terdapat banyak pertubuhan dan institusi agama pelbagai kaum di peringkat nasional dan tempatan. Badan-badan ini perlu membimbing ahli mereka supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni agama masing-masing. Badan-badan ini juga perlu memainkan peranan mengukuhkan perpaduan dan persahabatan, sekaligus memupuk sikap saling memahami dan menghormati antara penganut agama yang berlainan.

10. Kelompok etnik mempunyai banyak pertubuhan khusus yang mewakili kepentingan etnik masing-masing. Hak dan kepentingan wajar golongan etnik perlu dihormati. Namun, kecenderungan bergerak mengikut garis etnik perlu diselaraskan dengan kepentingan membina sebuah komuniti nasional yang bersatu padu dan harmoni. Pelbagai pertubuhan yang mewakili kepentingan etnik perlu melaksanakan program integriti masing­masing yang menitikberatkan nilai perpaduan, persefahaman dan kerjasama antara kaum di samping menekankan nilai-nilai terbaik etnik sendiri.

11. Untuk menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti, pelaksanaan, pemantauan, serta koordinasi atau penyelarasan pelaksanaan program haruslah dilakukan 'dari bawah' melalui pemerkasaan komponen atau sektor masing-masing. Pemantauan dan penyelarasan yang dilakukan secara pentadbiran yang birokratik boleh membantut daya usaha akar umbi dan ini harus dielakkan. Sensitiviti pelbagai lapisan atau komponen masyarakat terhadap campur tangan, pihak lain perlu diambil perhatian. Sikap terhadap mana-mana golongan ataupun pertubuhan perlu tepat dan membina. Tindakan melabelkan mereka oleh pihak berkuasa dan pihak lain tidak harus dilakukan.

Kesimpulan


12. Supaya setiap komponen atau sektor dapat bertemu, berkongsi pengalaman dan berdialog antara satu sarna lain di pelbagai peringkat, menilai keberkesanan program integriti masing-masing serta membaharui komitmen mereka kepada usaha peningkatan integriti, satu Konvensyen Integriti perlu diadakan secara berkala. Konvensyen yang menjadi forum pertemuan semua komponen dan sektor ini akan dianjurkan di pelbagai peringkat dengan kemuncaknya di peringkat kebangsaan.

13. Institut Integriti Malaysia (IIM) yang ditubuhkan serentak dengan pelancaran PIN berperanan selaku penganjur Konvensyen ini secara bersama dengan pelbagai sektor berkenaan. IIM juga berperanan selaku penyalur sebarang perakuan yang terbit daripada Konvensyen tersebut kepada Kerajaan serta pelbagai pihak lain yang bekenaan.

Pencapaian Sasaran


1. Pelan Integriti Nasional (PIN) dilaksanakan secara berperingkat dan tempoh 2004-2008 merupakan fasa pertama pelaksanaannya. Dalam tempoh ini, pelbagai program dan aktiviti yang dicadangkan dalam Strategi dan Pelan Tindakan PIN akan dilaksanakan. Melalui pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program dan aktiviti itu, Kerajaan menjangkakan beberapa sasaran penting yang digariskan oleh PIN akan tercapai.

Faktor Penentu

2. Pencapaian pelbagai objektif Strategi dan Pelan Tindakan PIN bergantung kepada dinamika dan daya tahan gerakan pemantapan integriti serta keupayaannya meresap ke akar umbi sehingga menjadi gerakan rakyat. Antara faktor kritikal bagi mencapai sasaran tersebut ialah: Kepimpinan berteladan; Dasar yang utuh, Matlamat yang jelas; Pendidikan berterusan dan berulang; Komunikasi berkesan; Persekitaran budaya yang kondusif; Kerjasama jentera politik dan pentadbiran; Kerangka perundangan berkesan dan Kehakiman yang bebas; Kecukupan dan kecekapan sumber; dan Kesediaan individu untuk berubah (sila lihat Gambarajah 4).

Kepimpinan Berteladan

3. Kepimpinan adalah antara faktor penentu terpenting bagi kejayaan PIN. Kepimpinan sedemikian mempunyai iltizam politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik, berhemah serta mesra rakyat. Kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri ini dapat memberikan inspirasi kepada rakyat, sekaligus menggembleng kekuatan mereka untuk mencapai matlamat PIN.

Dasar yang Utuh dan Matlamat yang Jelas

4. Pemimpin perlu menggubal dasar yang utuh dan menggariskan matlamat yang jelas, munasabah dan boleh dilaksanakan. Penggubalan dasar dan penetapan matlamat perlu mengambilkira pandangan dan cadangan pelbagai lapisan masyarakat dan sektor negara. Pendekatan perundingan yang digunakan untuk menggubal PIN perlu diteruskan.

5. Pencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepada pendidikan nilai­nilai murni secara berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara ini nilai-nilai tersebut beransur­ansur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan dernikian ia akhirnya menjadi budaya individu dan masyarakat.

Komunikasi Berkesan

6. Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan mana-mana perancangan perubahan termasuk PIN ialah kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, komunikasi yang berkesan, jelas, terfokus, dan mudah difahami amat penting.

Persekitaran Budaya yang Kondusif

7. Persekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata tempat berminat mengenai etika dan integriti serta mengamalkannya. Minat dan pengamalan ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya. Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa pula semakin berkesan dan tidak dilakukan secara 'rnemilih bulu'. Perkernbangan ini akan lebih terdorong lagi apabila tedapat penyelesaiaan terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum.

Kerjasama Jentera Politik dan Pentadbiran

8. Sokongan padu dan kerjasarna jentera politik dan pentadbiran amat penting bagi menjayakan sasaran PIN. Koordinasi antara kedua-dua jentera tersebut, dan isyarat yang sama daripada mereka memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keadaan sedang berubah ke arah menjadi semakin baik.

Kerangka Perundangan Berkesan dan Kehakiman yang Bebas

9. Kerangka perundangan yang berkesan dan sesuai dengan perkembangan semasa sangat penting. Pada masa yang sama, badan kehakiman yang bebas yang menjamin keadilan dilaksanakan dengan cepat dan tepat tanpa gentar atau memihak adalah amat kritikal bagi meningkatkan keyakinan rakyat. Kedua-dua ini menyurnbang kepada pencapaian sasaran PIN.

Kecukupan dan Kecekapan Sumber

10. Pelbagai syarat kejayaan di atas masih perlu dilengkapi dengan sumber manusia yang terlatih, berkemahiran dan cekap. Selain itu, sumber kewangan dan teknologi moden yang mencukupi juga amat diperlukan.

Kesediaan individu untuk Berubah

11. Dari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan komunikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan komitmen mereka untuk berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti.

Kesimpulan

12. Gerakan pemantapan integriti ialah suatu gagasan yang semakin menawanimaginasi pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Gerakan ini sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan menangani kelemahan dengan berkesan. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Thursday, March 25, 2010

Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia (SGM)

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Latar Belakang
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

Rasional

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

* Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,

* Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

* KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan

* Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.

Tujuan
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

* mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,

* mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.


Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

Penggubalan
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

* Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,

* Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan

* Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.

Penggunaan
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

Guru

* Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

* Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.


Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

* Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

* Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).

* Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.


Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.

* Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.

* Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.


Guru Besar dan Pengetua Sekolah

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.

* Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.


Agensi Latihan Perguruan

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.

* Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

* Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.

Glosari
Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.

* Guru

Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.

* Institusi Pendidikan

Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

* Standard

Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.

* Keperluan

Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

* Bilik Darjah

Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.

* Kompetensi

Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

* Institusi Latihan Perguruan

Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

* Agensi Latihan Perguruan

Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG

* Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

* Sekolah

Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional.

* Murid

Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

* Program

Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.

* Kursus

Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

* Kurikulum

Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

* Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.

* Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

* Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

* Praktikum

Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.

* Penilaian

Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

* Pembangunan Profesionalisme Berterusan

Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

* Hasil Pembelajaran

Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

* Pihak Berkepentingan

Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

* Budaya IPG

Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

* Infrastruktur

Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

* Infostruktur

Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

* Pengurusan Kualiti

Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

* Pendidik Guru

Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.

Kerangka SGM
Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).

* Asas Penentuan Standard Dan Keperluan

Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:

* Misi Nasional

Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:

* meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,

* meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama,

* menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif,

* meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan

* mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

* Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

* Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

* Tatasusila Profesion Keguruan

Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:

"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

* Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.
Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.


http://www.ipik.edu.my/sgmdoc/Komponen%20SGM.jpg


Standard merangkumi tiga aspek berikut:

Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.

Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran

Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

KEPERLUAN

Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:

Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan

Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan.


Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian.


Keperluan 3: Kolaborasi

Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur

Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.

Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

Model SGM(Model Standard Guru Malaysia)


Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.

Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).

Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,

Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.

Perincian Standard
tandard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.


S1.2 Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.


S1.3 Domain Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.



Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.


Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.

Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Perincian Keperluan
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:

Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan Perguruan

Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut:

K1.1 Mengiklankan permohonan
K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan


Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:

K2.1 Kurikulum latihan
K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah
K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran
K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa

Keperluan 3: Kolaborasi

Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:

K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostrktur

Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:

K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.

K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.

Keperluan 5: Jaminan Kualiti

Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan:

K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan
K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Penutup
Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.