Bahagian 1 : Sukatan Untuk Kompetensi Generik (Kumpulan Generik)
Kategori
1. Tatakelakuan dan sahsiah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagai Penjawat Awam
Kompetensi
Berupaya mengamalkan tatakelakuan dan sahsiah penjawat awam berdasarkan nilai dan etika perkhidmatan awam bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah berkualiti
Pengetahuan
(i) Etika Perkhidmatan Awam
(ii) Etika Profesion Keguruan
(iii) Standard Guru Malaysia
(iv) Pelan Integriti Nasional
(v) Tonggak Dua Belas
(vi) Rukun Negara
(vii) Piagam Pelanggan
(viii)Tadbir Urus Terbaik
(ix) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1983 ; dan
(x) Protokol dan etiket majlis rasmi
Kemahiran
i. Mengaplikasikan nilai dan etika penjawat awam dalam melaksanakan tugas
ii. Mempamerkan keterampilan diri yang bersesuaian dengan nilai dan etika kerja
iii. Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan mematuhi nilai dan etika kerja
yang ditentukan
iv. Menyebarluaskan nilai dan etika menerusi program yang dirancang oleh
organisasi
v. Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi luar dalam menjalankan
aktiviti dan program yang berkaitan mengikut norma perkhidmatan; dan
vi. Mengamalkan protokol dan etiket dalam majlis rasmi.
Thursday, March 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment