Monday, December 21, 2009

Penetapan Gaji Masuk

a. Lantikan pertama
Seseorang pegawai yang baru dilantik kali pertama dalam perkhidmatan awam akan
dibayar gaji permulaan dalam tangga gaji tawaran yang dimasuki.

b. Pegawai tetap yang menjawat jawatan baru
Seorang pegawai kerajaan yang telah disahkan dalam jawatan tetapnya, akan
diletakkan di mata tertinggi yang berhampiran dalam tanggagaji jawatan barunya
sekiranya gaji jawatan lamanya adalah sama atau lebih tinggi daripada gaji
permulaan dalam jawatan barunya.

c. Penetapan gaji Lebih Daripada Kadar Biasa
Seseorang pegawai yang mempunyai kelayakan istimewa boleh diletakkan di mana-mana
tanggagaji mengikut budibicara Suruhanjaya.

Thursday, December 3, 2009

Tempoh Percubaan dan Perlanjutan

1. Seseorang pegawai yang dilantik dikenakan tempoh percubaan 1 - 3 tahun dan boleh disahkan ke dalam jawatannya selepas tempoh tersebut.

2. Seseorang pegawai yang berada dalam tempoh percubaan boleh dilantik ke satu jawatan yang lain tetapi mesti melalui tempoh percubaan yang penuh mengikut skim.

3. Suruhanjaya mempunyai budibicara untuk menenekan tempoh percubaan atau tidak bagi lantikan luar biasa.

4. Perlanjutan tempoh percubaan pegawai ke dalam skim perkhidmatan adalah berdasarkan pertimbangan Suruhanjaya. Terdapat dua jenis perlanjutan tempoh percubaan:
(a) perlanjutan dengan denda (penangguhan kenaikan gaji)
(b) perlanjutan tanpa denda ( menerima kenaikan gaji)

5. Seseorang pegawai akan kehilangan kekananan jika tempoh percubaannya dilanjutkan dengan denda.

Proses Lantikan ke Jawatan

1. Setelah senarai calon pemohon diterima, surat panggilan untuk temuduga akan
dihantar.

2. Calon yang berjaya dalam temuduga akan ditawarkan jawatan oleh Suruhanjaya melalui Ketua Jabatan.

3. Suruhanjaya juga boleh mengarahkan Ketua Jabatan untuk menawarkan jawatan bagi pihaknya dengan menghantar satu salinan surat tawaran tersebut kepada pihak Suruhanjaya.

4. Setiap surat tawaran jawatan itu mest mengandungi perkara berikut:
(a) nama jawatan
(b) gaji masuk dan tangga gaji jawatan
(c) tempoh percubaan
(d) kewajipan bertugas di mana-mana
(e) status jawatan samada berpencen
(f) lain-lain syarat dalam Perintah Am 23

5. Semua calon ke perkhidmatan awam dikehendaki menandatangani surat akuan doktor dan surat sumpah untuk memeastikan mereka sihat dan bebas dari sebarang kes jenayah.

6. Ketua Jabatan perlu menghantar perkara berikut kepada Suruhanjaya:
(a) surat penerimaan jawatan oleh calon
(b) surat akuan doktor
(c) surat sumpah
(d) tarikh calon lapor diri untuk bertugas

Soalan-soalan DG 41 P1

1. Jawatan-jawatan kosong perlu diiklankan sekurang-kurangnya dalam sebuah akhbar
merangkumi kumpulan
I Perkeranian dan Teknik
II Kakitangan Sokongan
III Buruh Kasar
IV Pengurusan dan Ikhtisas dan Separa Ikhtisas

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

2. Dalam Perintah Am Bab A, Ketua Jabatan merujuk kepada yang berikut KECUALI
A Ketua sesuatu Jabatan
B Ketua sesuatu Suruhanjaya
C Ketua sesuatu Perkhidmatan
D Ketua Setiausaha kepada Kementerian

3. Suruhanjaya dalam Perintah Am Bab A merujuk kepada
I Suruhanjaya Pilihanraya
II Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
III Suruhanjaya Perkhidmatan Gunasama
IV Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

4. Antara berikut, yang manakah benar tentang istillah 'harijadi' dalam Perintah Am
Bab A?
I Umur pada ulangtahun harijadi mengikut kalender Gregory
II Jika lahir pada 29 Februari maka harijadinya disambut pada 1 Mac
III Jika bulan sahaja diketahui maka tarikh lahir seseorang itu adalah pada hari
terakhir bulan tersebut.
IV Jika tahun sahaja diketahui maka tarikh lahir seseorang itu adalah pada 31
Disember tahun itu

A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

5. Iklan-iklan kekosongan jawatan yang akan disiarkan oleh Suruhanjaya di akhbar
hendaklah ringkas dan mengandungi
I tangga gaji
II nama dan taraf jawatan
III syarat kelayakan
IV tarikh tutup permohonan

A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

6. Perintah Am Bab A diperkenalkan untuk

A melicinkan hal-hal yang berkaitan dengan perlantikan dan kenaikan pangkat
B melicinkan pentadbiran kerajaan
C menjamin hak pegawai kerajaan
D menghasilkan pegawai kerajaan yang setia

7. Sebarang pemindahan syarat-syarat dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah
mendapat persetujuan

A Ketua Setiausaha Negara
B Ketua Pengarah Jabatan tersebut
C Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri
D Ketua Perkhidmatan Awam

Selamat Mencuba! Anda boleh menulis jawapan anda di dalam ruangan komen.
Adeline

Tuesday, December 1, 2009

Urusan Pengambilan dan Perlantikan

1. Semua jawatan kosong perlu diiklankan.
(a)Jawatan kosong dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas, Kumpulan Kerja Separa
ikhtisas dan kumpulan Perkeranian dan Teknik perlu diiklankan oleh Suruhanjaya
dalam sebuah suratkhabar.
(b)Jawatan yang perlu diisi oleh kumpulan sokongan diiklankan melalui pekeliling di
semua Jabatan Tenaga Kerja.

2. Adalah menjadi tanggungjawab seorang pegawai kontrak yang ingin menyambung
kontraknya memberitahu Ketua Jabatannya enam bulan sebelum tamat kontraknya.

3. Seorang pegawai yang telah disahkan dalam jawatan nya tetapi gagal disahkan dalam
jawatan barunya kerana prestasi yang tidak memuaskan dibenarkan kembali ke jawatan
asalnya dengan syarat jika ada kekosongan.

4. Seorang pegawai wajib mematuhi semua pekeliling dan lain-lain perintah dan arahan
kerajaan setiap masa di samping menunaikan sebarang tugas yang diarah dari semasa
ke semasa.

5. Seorang pegawai boleh dirah untuk berkhidmat di mana-mana sahaja dan boleh
dipinjamkan untuk berkhidmat dengan mana-mana kerajaan negeri, badan-badan
berkanun atau swasta berdasarkan syarat khas dan bagi tempoh masa tertentu.

6. Iklan kekosongan jawatan yang perlu disiarkan oleh Suruhanjaya dalam akhbar mesti
ringkas dan mengandungi perkara berikut:
a. nama dan taraf jawatan
b. tangga gaji
c. syarat kelayakan
d. tarikh tutup
e. alamat di mana permohonan perlu dihantar.

7. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk menyediakan deraf iklan sebelum
mengemukakan kepada Suruhanjaya. Deraf tersebut mesti mengandungi perkara berikut:
a. jumlah kekosongan jawatan tetap atau sementara
b. tarikh kekosongan berlaku
c. jumlah calon diperlukan
d. satu salinan surat dari Ketua Perkhidmatan Awan berkaitan dengan syarat dan
kelayakan calon
e. tugas dan tanggungjawab calon

8. Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat mesti dibuat melalui Ketua Jabatan
yang kemudian akan menghantar permohonan tersebut kepada Suruhanjaya berserta
dengan kenyataan perkhidmatan dan penyata sulit pemohon.

Disambung...